Followers

Saturday, April 25, 2020

KISS OF 14 DAYS - Part 2

 “What the….” Terkebil-kebil mata Amir pandang bungkusan yang baru dibuka di atas meja. Perut yang lapar sejak tengah hari tadi tiba-tiba jadi sebu. Terpancung terus selera makan. Tadi bukan main berkobar nafsu, tak sabar nak makan sebab berlapar sejak pagi. Ya lah, sarapan pagi cuma dua keping roti yang bersalut jem dan kepingan keju. Terpaksa dia menghadap teh sebab Nescafe Gold dah habis, tak sempat nak restock makanan segala. 

“My nasi ayam penyet….” Amir bersandar di belakang kerusi. Serius tak berselera dia tengok burger di depan mata sebab pagi tadi dah pekena sarapan ala-ala omputih. Automatik dia teringatkan gadis satu lif dengannya tadi. Yang mulut agak pedas tadi tu. Bukan tak tahu dia yang disindir disebabkan oleh haruman perfume yang dipakai sampai semerbak satu lif tapi dia buat derk. Perempuan kalau datang bulan memang macam tu. 

Beberapa minit dia berfikir dan berkira-kira sama ada nak makan aje burger yang memang tak menepati cita rasa tekaknya saat ini atau dia mencuba nasib turun semula di lobi kot tuan punya burger ni pun macam dia juga. Tak nak makan makanan yang tak dipesan. Yakin sangat dia ini adalah milik gadis tadi sebab hanya mereka berdua saja yang menunggu food delivery. 

“Lantaklah. Aku nak juga ayam penyet aku!” Amir nekad. Dia bungkus balik burger tadi dan kunci rumah dicapai. 


SAMPAI di lobi bawah, panjang leher Amir mencari kelibat si gadis. Tengok nasiblah macam mana. Kalau dalam setengah jam gadis tadi tak muncul juga, memang dia terpaksa ngap juga burger dalam plastik di tangan sebab perut dah mula berkeroncong. 

“Excuse me.”

Amir berpaling pada suara yang menyapa. Yes! Lebar senyumannya di sebalik mask yang dipakai walaupun dia agak terkejut. Ya lah, angin ribut tak ada, tapak kaki pun dia tak dengar, tiba-tiba muncul di belakangnya.

“Kat dalam ni ayam penyet. Is this yours?” Dahlia menghulurkan plastik.
 
“Nah, yang ni burger awak.” 

Masing-masing bertukar tangan. 

“Nasib baik awak turun. Memang I have a feeling awak akan datang juga because this burger really looks nice. Order dekat mana ni? Dah lama tak makan burger Ramly, mana tahu esok lusa nak merasa. Zaman RMO macam ni memang tak ada mood nak masak dekat rumah.” 

Tak sempat Dahlia nak menyerap kata-kata lelaki dekat depan ni. Mulut di sebalik mask tu memang macam bertih jagung ke? Orang nak ‘barter’kan makanan ni aje, bukannya ‘bonding’ macam hari ini adalah hari suai kenal jiran tetangga.
 
“Thank you.” 

Itu aje? Amir blur sekejap. Punyalah dia mesra tapi macam tak dilayan pun ada juga. Sekurang-kurangnya beritahulah dekat mana order burger tu. Agaknya memang si gadis tak mesra kot. Ada aje orang macam tu, introvert. Dia membuntuti si gadis menuju ke lif. 

“I’m Amir. You?” Amir masih mencuba. Jangan pula si gadis ingat dia saja nak menempel sudahlah. 

“Saya pun nak naik. Kita satu lif sekali lah.” Nak juga Amir beritahu tujuannya berdiri di sebelah si gadis. Ya lah, kena bagi pandangan tajam macam tu cuak juga dia. 
Dahlia toleh lepas tu pandang ke depan semula. Masuk ke dalam pintu lif baru dia menjawab.
 
“Dahlia.” 

“Oh, duduk satu floor rupanya. Kenapa tak pernah nampak awak? Baru pindah sini ke?” 
Aik, makin banyak tanya pula. Dahlia tersenyum nipis di sebalik mask yang dipakai. Angguk ajelah. 

“Dah lama duduk sini. Tapi mungkin kita tak pernah terserempak.” Tak sampai hati Dahlia membiarkan Amir bla bla bla sorang-sorang. 

“Or maybe you have seen this face before?” Amir membuka mask yang dipakai dan mengukir senyum. Namun terkejut dia bila Dahlia mengundur ke petak belakang. Tadi elok aje berdiri sebelah-sebelah, sekarang dah membelakangkan dia. Lagak macam baru nampak hantu pun ada juga. 

“Lain kali mask tu jangan main pakai buka ikut suka. Fikirlah sikit tentang orang di sekeliling. Zaman corona ni bukan main-main.”

Hampir tak terdengar suara Dahlia sebab perlahan sangat tapi ada tegas di situ. Amir sekadar jongket bahu lepas tu pakai balik mask yang dibuka tadi. Dia nak tunjuk muka aje pun, bukan buat ‘corona prank’. 

“Wearing mask in public is not a must, Miss Dahlia. Unless if you’re symptomatic.” Amir cakap apa yang betul, sumber dari WHO bukan ‘kaleng-kaleng’. Coronavirus is transmitted via droplets, jadi yang lebih penting adalah etika kebersihan diri bukannya kena pakai mask ke tak. 

“Masalahnya sekarang tak tahu awak ni carrier ke asymptomatic patient segala ke, so precaution is far better than cure.” Dahlia tak mahu kalah. Bagi Dahlia senang saja, semua orang adalah positif Covid-19 melainkan sudah dibuktikan selepas menjalani saringan yang dijalankan. Itu yang dia berjaga-jaga gila, sampai kalau boleh dia tak nak pegang pun butang lif. Kalau boleh dia tak nak pun buka mulut untuk berbual dengan Amir. Hanya sebab burger Ramly aje okey!

“Ala nanti masuk rumah awak terus mandilah. Tu, plastik makanan tu. Jangan lupa lap sekali dengan disinfectant. Mask awak tu, jangan pakai berkali-kali. Pakai sekali cukup. And I hope yours is three-ply.” 
Dia bagi nasihat pula dah. Dahlia malas nak balas balik. Dahlah terasa lambat gila lif ni naik ke tingkat 11. 

“Remember it spreads via droplets. Tapi sebab virus tu boleh tahan lama sikit di udara, WHO rekomen petugas kesihatan untuk pakai N95 mask in cases of intubation atau resuscitation ke apa. Yang macam kita ni jaga kebersihan diri cukuplah.” Bab ni Amir sangat yakin sebab teman baiknya Izwan yang juga merupakan seorang doktor yang terangkan padanya. Ya lah, jenis macam dia ni pun pandai keliru bila dengar kenyataan dari WHO.
 
Dahlia mencebik, nasib baik Amir tak nampak. Bercakap hoo haa kemain, yakin sangat diri tu bukan pesakit atau pembawa. Lain orang lain pandangan dan cara untuk menangani wabak yang membimbangkan ini. Bagi dia, memakai surgical mask dan menjaga kebersihan diri adalah perkara paling utama dan paling wajib! Lagipun tak salah kalau dia pakai mask sekali pun, bukannya polis tangkap. 
 
Sampai saja di tingkat 11, cepat-cepat Dahlia keluar. Nak ‘bye-bye’ dekat Amir pun dia tak. Jarang dia jumpa lelaki yang banyak cakap macam Amir. Sekali dilayan, payah juga nak diamkan Amir. 

“Oh, so this is your unit.”
 
“Haah, habis tu takkan rumah orang lain pula.” 

“Ingatkan selama ni tak ada orang tinggal dekat sini. At some point, I thought unit ni berhantu.”
 
Mulut! Sabar, Dahlia. Dia memujuk hati sendiri. Lega hati bila Amir akhirnya mengucapkan selamat tinggal dan beredar meninggalkan dia. 

“Wait, Dahlia.” 

“Apa lagi?” Dahlia berpaling semula. Adakah kehadiran Amir memang menguji kesabarannya hari ini?

“Mana sambal saya?” 

Oh, damn! Dahlia menepuk dahi sendiri. Terlupa yang sambal tadi masih di atas meja makan di dalam rumah. 

“See, this is what I mean. Apa guna pakai mask sampai 10 lapis kalau at the end awak sentuh muka sendiri?” Amir mengingatkan. 

Ah, double damn! Dahlia speechless. 


TING! Tong! 
Dahlia merengus. Tudung yang disangkutkan di atas kerusi dicapai dan dipakai. Tak payah tengok dari sebalik lubang kecil di pintu, dia tahu siapa yang datang pada waktu begini. 

“Do you have cili padi?” Amir bertanya sebaik saja pintu dibuka. 

“Nak buat apa dengan cili padi?”

“Nak tanam dekat beranda rumah.” 

Dahlia mengecilkan mata. Dia pula yang terkena. Dia bagi isyarat suruh tunggu sekejap. Lepas tu dia datang balik dengan bekas kecil yang penuh cili. 

“Nah.” 

“Thank you! Nak masak mac and cheese tapi tak umph kalau tak ada cili padi.” Ringan mulut Amir nak beritahu apa menu yang dia masak hari ni. 

“Sejak bila rajin memasak dekat rumah?” Mendatar suara Dahlia.  Kan hari tu Amir cakap dia malas nak masak lagi-lagi musim RMO ni. 

“Sejak ada kedai Speedmart dekat tingkat ni.” Amir senyum. Ini pertama kali Dahlia bertanyakan soalan padanya. Selalunya ‘hmm’, ‘okay’, ‘bye’ aje.

Dahlia menahan senyum. Nak gelak sebenarnya. Menjadi juga lawak basi Amir waktu begini. Sejak kejadian tertukar makanan, Amir adalah satu-satunya jiran di sini yang dia selalu jumpa. Malah yang paling banyak bercakap dengannya. Amir buat dia macam kawan yang dah lama kenal walaupun dia tak layan sangat. Amir kalau tak datang ketuk pintu rumah dia dalam sehari memang tak sah. Datang sini minta macam-macam. Bawang Benggalilah. Lada hitamlah. Cendawan butanglah. Itu pun nasib baik dia ada dan murah hati nak bagi. Ada juga Amir nak gantikan tapi dia menolak. Kongsi-kongsi ajelah, tak payah kecoh sangat. Demi menyahut cabaran kerajaan, kita jaga kita. 

Sejam kemudian, loceng rumah berbunyi lagi. Dahlia yang baru habis solat Isyak menuju ke pintu. 

“Ye, nak apa Encik Amir? Kedai Speedmart dah tutup.” 

Amir tersenyum. Sejuk pula mata memandang wajah cantik dan bersih Dahlia yang masih bertelekung. Bekas makanan dihulurkan pada Dahlia. 

“Saya masak lebih sikit. Makanlah.” 

Serba salah Dahlia. Nak menolak, takut Amir kecil hati. Nak terima, dia takut kalau Amir ada niat jahat. Namun seketika kemudian dia mengingatkan diri sendiri. Orang berniat baik, janganlah berprasangka buruk. 

“Terima kasih.” Dahlia sambut juga huluran tangan Amir. 

“No big deal lah. Kunci pintu. Good night.” 
Bila pintu ditutup Dahlia, Amir masih berdiri di tempat tadi. Gadis seperti Dahlia bukanlah yang biasa dia pernah jumpa. Dahlia berada di dalam dunianya sendiri. Ini dah kira okey Dahlia layan aje dia walaupun boleh dikira berapa patah perkataan keluar dari mulut Dahlia setiap kali bila Dahlia bercakap. Macam-macam cara yang dia gunakan untuk rapat dengan Dahlia tapi Dahlia masih sama. Kiranya Dahlia terima pemberiannya ni pun dah kira pencapaian tertinggi setakat ini. 
Entah macam mana lagi caranya untuk mendekati Dahlia. Dahlah musim RMO ni bukan boleh keluar ikut suka macam dulu. Yang dia ulang alik setiap hari ke ‘Speedmart’ Dahlia ni pun jarak di antara mereka adalah agak jauh. Waktu nak hulur bagai aje dekat, itu pun masih melebihi satu meter. 
Kalau terperangkap dekat lif sama-sama dengan Dahlia kan bagus. Boleh juga korek cerita tentang Dahlia. Amir sengih sendiri….

No comments:

Post a Comment