Followers

Friday, May 4, 2012

Me vs Back Pain

Me vs Back pain. Ya, aku tengak 'berperang' sekarang dengan sakit belakang. Sakit berpunca sebab aku pernah jatuh dulu. Menurut kata doktor, sakit yang aku tanggung sekarang terjadi sebab tulang dibahagian pinggang menyucuk urat (aku tak boleh nak bayang rupanya mcm mana). Aku memang pernah jatuh dulu. Siapa yang tak pernahkan? Dan bukan sekali dua, banyak kali dah. Jatuh basikal, jatuh tandas, jatuh tangga dan segala macam jatuh lah. Itu belum lagi bercampur dengan aku mengangkat barang berat dengan cara yang salah. Masa jatuh, memang tak sakit. Sakitnya akan kita tanggung 2-3 bulan atau tahun kemudian.Dan bagi aku, 2-3 bulan/tahun itu adalah sekarang.
Ubat dah hampir habis. Dan sakitnya tak kurang lagi. Sekarang ni, kalau aku dah duduk, nak bangun semula boleh bawa gaduh! Nak tak nak terpaksa pakai waist support which is not cool at all when you're in the office. Next week, ada appointment sekali lagi dengan doktor untuk tengok progress aku lepas makan ubat. Kalau masih sama, aku kena pergi hospital. Maybe kena jalani terapi.(-__-)
Makin bertambah umur ni, macam-macam penyakit yang datang. Mungkin ini salah satu cara nak cuci dosa.
Harap-harap sakit belakang aku ni bolehlah sembuh tanpa perlu ke hospital. Bos kata, baik pergi. Bila lagi nak gunakan insurance cover aku tu? Hmmm...

1 comment:

  1. Kena jaga betul-betul. Masalah boleh bertambah buruk bila kita pregnant, masa tu bukan setakat gaduh jer boleh cetuskan perang :) take verrryyyyy goood care

    ReplyDelete