Followers

Monday, July 29, 2013

Dia...Random Guy : 1 Month Anniversary Bonus


29.7.2013 -  Genap sebulan Dia...Random Guy di pasaran. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan. Thank you for your support. Thank you for your reviews. Thank you for your 'I dah baca berkali-kali'. Thank you for loving it... 


No duty is more urgent than that of returning thanks ~ James Allen

Mata terasa berat betul hendak dibuka. Tapi rengekkan salah seorang si little junior makin kuat kedengaran. Kalau Alin tak bangun cepat, nanti ‘terjangkit’ pula dengan si abang, Alif. Ikutkan badan memang terasa letih sangat. Mana tidaknya, dari siang tadi si little junior Amna buat perangai. Asyik merenggek hendak didukung. Tak boleh ditinggalkan sekejap pun. Alin tahu, Amna sebenarnya rindukan daddynya. Tiga hari tak berjumpa daddylah katakan. 

Sejak lahir tiga bulan lepas, tak pernah sehari pun Amzar tinggalkan mereka bertiga. Tapi tiga lepas Amzar terpaksa out-station. Walaupun encik suami sendiri berat hati hendak pergi, tapi bila big bos a.k.a bapa mertua tersayang Alin sendiri yang keluarkan arahan, terpaksalah encik suami pergi. Itu pun hari-hari Alin terpaksa on Skype sebab Amzar hendak tengok muka anak-anak mereka. 

Mata dibuka perlahan. Baru sahaja Alin hendak alihkan comforter di badan, ada tangan yang menghalang. Mata terus celik dan dia terjerit kecil melihat wajah insan yang sedang berdiri di sisi katil.

“Abang?!” Mata dipejam celik berkali-kali. Biar betul? Bukan ke encik suami berada di Terengganu?

“Hai sayang…” Amzar menyapanya senyum sambil tangan mengusap-usap belakang badan Amna yang dah selamat berada dalam dakapan.

“Bila abang balik? You’re supposed to be home tomorrow, right?” Tanya Alin sambil bangun dari katil. Flight encik suami pagi esok. Tapi macam mana pula dah sampai rumah hari ini? Takkan dia…Mata Alin terus melirik ke arah jam di night stand. Pukul 2.00 pagi!

“Jangan cakap dengan Alin abang terus balik lepas habis meeting tadi? Abang drive dari Terengganu?”

Amzar mengangguk dan tersenyum. Alin dah rasa hendak cubit-cubit sahaja encik suami saat ini. Meetingnya habis pukul 8.00 malam tadi. Kalau pukul 2.00 pagi dah sampai rumah, memang sah encik suami speeding! Dah berkali-kali pesan tapi encik suami dia ini degil betul!

“Abang ni degil tau! Alin dah pesan…” 

Tak sempat Alin hendak marahkan Amzar, encik suami dah lebih dulu ambil tindakan.
Chup! Cepat bibir encik suami mendarat ke bibir dia.

“I miss you and our little juniors. Maafkan abang?” Amzar beri signature smile dia. 
Aduh! Alin mengeluh kuat. Bila encik suami dah mula senyum gitu, memang dia selalu sangat kalah. Benci!

“Sayang penat kan? Seharian jaga anak meragam. Sayang tidurlah. Rehat. Biar abang pula tenggokkan Amna.”

“Abang pun penat kan? Seharian kerja. Tengok tu, baju pun tak tukar lagi. Abang pergi segarkan badan dulu. Biar Alin tengok Amna.” Alin dah hulurkan tangan mendapatkan Amna tapi Amzar cepat-cepat menggeleng.

“Tak apa. Abang tak penatlah. Biar abang tengokkan Amna. Sayang pergi rehat…”

“Tapi…” 

“Alina Suffiya…” Amzar dah mula sebut nama penuh dia. 

Alin mengeluh. Kalau encik suami dah sebut nama penuh , janganlah hendak membantah lagi. Memang takkan jalan punya.

“Fine…” Alin mengumam perlahan. Mata sempat menjenguk Alif yang masih nyenyak tidur di dalam baby cot. 

“That’s my girl. Dah. Pergi tidur…” Amzar cium dahi dia dan mengisyaratkan dengan mata supaya Alin segera baring. Bila Alin dah selesa di atas katil, Amzar bergerak ke hujung bilik bersama Amna. Telinga Alin mula menangkap suara Amzar berzikir, mendodoikan si kecil yang dah berhenti merenggek. Perlahan, kantuk Alin mula terasa…

Alin terjaga saat telinga terdengar suara laungan azan Subuh dari masjid berdekatan. Tangan automatic meraba tempat tidur encik suami. Kosong. Sejuk. Alin toleh ke tepinya. Bantal encik suami elok terletak. Tak ada tanda-tanda encik suami tidur di atasnya. Alin bangun, memerhati ke sekeliling bilik. Kelibat Amzar langsung tak kelihatan.

Aku mimpi Amzar balik ke tadi? Dia bertanya sendiri. Mata terus menghala ke arah baby cot. Kosong! Terus dia bangkit dari katil. Mana pula perginya anak-anak aku? Dia mulai panic tapi saat matanya terpandangkan sebuah luggage yang terletak di tepi almari, dia urut dada. Okay. Dia tak mimpi tadi. Suami tercinta memang dah balik dan melihatkan baby cot yang dah kosong, dia tahu di mana anak-anaknya berada sekarang. Pasti little juniors mereka dah terjaga dan tak mahu tidur dan seperti biasa daddy mereka akan buat benda yang selalu dia buat bila anak-anak kesayangan mereka terjaga pada waktu-waktu macam ini.

Perlahan, Alin buka pintu bilik dan kaki melangkah ke arah bilik tetamu yang bertentangan dengan bilik tidur dia dan Amzar. Dari pintu bilik yang terbuka, Alin melihat encik suami sedang duduk melunjur di atas katil dengan Alif dan Amna elok melekap di dada daddy mereka. Alin menggeleng sambil tersenyum mendengar encik suami sedang rancak berceloteh dengan little juniors mereka. 

“So, daddy tengah berjalan keluar dari restoren ni, bila tiba-tiba ada seorang perempuan cantik grab my arms and announce to the whole world I’m her fiancĂ©! Punyalah daddy terkejut.”

Alin ketawa kecil. Macam dah tak ada cerita lain hendak diceritakan dengan si kembar. Same old story…

“And of course, being the perfect gentleman, daddy cakap dengan perempuan cantik tu…” Amzar berdeham, betulkan suara.

“Daddy cakap apa?” Tanya Alin dari muka pintu dengan nada suara yang sedikit kebudak-budakkan.

Amzar mendongak memandang Alin. Bibir terus menguntum senyum. Rasa ‘itu’ terasa mengebu-gebu di dalam hati sebaik sahaja pandangan dia dan cik isteri bersatu.

“Daddy said thank you…” Balas Amzar. Pandangannya tak beralih sedikit pun dari mata cik isteri.

“Thank you for what?” Tanya Alin perlahan sambil berjalan mendekati Amzar dan anak-anak mereka.

“Thank you for randomly picking me to be her one and only….”

Alin naik ke atas katil lalu duduk di sisi encik suami. Tangan mengusap kepala Alif dan Amna yang dah mula pejamkan mata di atas dada Amzar. Alin pandang Amzar yang sedang ralit merenung dirinya. Pipi encik suami diusap lembut sebelum pandangannya jatuh kembali ke arah jantung hati mereka berdua.

“And that woman replies…” Alin tunduk mencium kepala Amna dan Alif. Cerita encik suami belum lagi sampai ke penghujungnya.

“What did she said?” Tanya Amzar perlahan.

Alin angkat kepala. Matanya merenung tepat ke mata Amzar. Segala rasa cinta dan kasih yang membuak di dalam dada, terpancar dalam sinaran matanya.

“She said…” Alin tarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung…

“Thank you for completing me, my random guy…”



Tuesday, June 18, 2013

Tempahan : Dia...Random Guy


Alhamdulillah...
Dia...Random Guy bakal berada di pasaran pada penghujung June 2013. Sesiapa yang mahu menempah secara online, boleh berbuat demikian. Boleh terus menempah melalui saya atau terus melalui Idea Kreatif Publication. Email saya di farahusain@gmail.com atau terus kepada langganan.ideakreatif@gmail.com
Terima kasih atas sokongan. Jika ada sebarangan kekurangan dengan naskah ini, saya mohon halalkan segalanya. :)


Saturday, June 1, 2013

Bab 2 : Hanya Dia...Cinta


Dua puluh lapan tahun dia hidup, ini kalai pertama dia jumpa lelaki yang banyak mulut! Oh Tuhan, tak letih ke dia bercakap dari tadi? Sejak dia duduk (lepas dia pulih dari rasa terkejut dia melihat penampilan Adhan Mikhail), dia tak bersuara sepatah pun. Yang bercakap hanya mamat rambut pacak ini. Tanpa henti! Seriously, thanks to Adhan Mikhail, selepas ini kalau ada orang soal dia tentang Ed Hardy dan Chuck Taylor (demi Tuhan dia tak kenal langsung siapa mereka itu!), dia akan mampu jawab dengan cemerlangnya sebab dia dah tahu segala-galanya tentang dua orang manusia itu. Dari tarikh lahir, tempat lahir, bila kahwin, bila mati dan sejarah asal usul dua jenama itu. Semuanya Adhan Mikhail beritahu. Oh Tuhan, this is the worst day ever!
Oh my! Zara rasa nak hantuk kepala ke meja. Shoot me! Now! Zara rasa hendak menjerit kuat-kuat tapi memandangkan keadaan persekitaran tak mengizinkan dia hanya ketap gigi (nak tahan diri dari menempelak Adhan Mikhail), genggam tangan (nak tahan diri dari tangan mencekik leher Adhan Mikhail) dan istighfar dalam hati tak henti-henti (nak menyabarkan diri dari buat dua perkara tadi). Tapi rasa-rasanya kesabaran dia makin menipis. Dan kalau Adhan Mikhail masih teruskan lagi cerita sejarah Ed Hardy dan Chuck Taylor dengan dia…
“And did you know Chuck Taylor was…”
Oh that’s it! Tahap kesabaran dah turun ke angka kosong.
“Adhan Mikhail, SHUT UP!” Akhirnya dia bersuara.
“Ya Allah, kalau you sebut sekali lagi nama-nama tu, I swear I’ll choke you!” Zara capai gelas berisi air kosong di atas meja dan mengenggamnya kuat, membayangkan itu leher Adhan.
“O-key…” Adhan buat muka pelik sambil tarik gelas dari tangan Zara. Kemudian bibir Adhan menguntum senyum. Senyuman yang buat Zara bertambah sakit hati sebab senyuman itu membuatkan hati dia sedikit kacau.
“Stop that!”
“What?”
“Senyum!”
Ketawa Adhan pecah. “Sorry, sweetheart. Senyum itu kan sedekah dan I jenis pemurah.”
Zara mendengus geram. Arghhh! Kenapa ada manusia macam ini dalam dunia ini? Belum pernah lagi dia jumpa manusia yang menjengkelkan macma Adhan Mikhail. Kalaulah tak undang-undang di dunia ini, dah lama Adhan ni kena. Tanpa sedar, Zara capai cutlery knives di atas meja lalu digenggam kuat.
“Whoa! I tahu you tengah geram tapi itu…” Adhan muncungkan bibir ke arah tangan Zara.
“…a bit extreme, don’t you think?” Tanya Adhan bersahaja. Senyuman yang buat hati Zara sedikit kacau itu masih lagi melekat di bibir. Argh! It’s official. I hate his smile! Cutlery knives dihempaskan ke atas meja.
“Err…are you ok?”
“No! I’m not ok. You nampak I macam ok ke? Telinga I dah hampir hendak bernanah dengar you bercakap pasal benda yang tak ada kena mengena langsung dengan I. Ed Hardy? Chuck Taylor? Who the hell are they?”
Adhan kecil kecil, menampakkan lekuk kecil di kedua belah pipinya.
“Err…babe, you’re wearing them but you don’t know them?” Soal Adhan bersahaja dengan kening ternaik sebelah.
Zara terpegun seketika melihat senyuman Adhan. Hati sedikit mendidih bila mendengar Adhan panggil dia babe tidak begitu dihiraukan. Tuhan! Kacaknya. Oh tidak, Zara. Fokus! Dia mengeleng laju. Dia tak kacak. Dia tak kacak. Dia tak kacak. Zara ulang benda yang sama dalam hati, cuba untuk psycho diri sendiri agar tak tertarik dengan Adhan Mikhail. Tapi bila mata dia kembali memandang…
Sepasang mata Adhan yang menjadi sedikit sepet bila dia tersenyum…
Hidung mancung yang elok terletak…
Bibir nipis yang sedikit kemerahan…
Lekuk kecil yang muncul di kedua belah pipinya bila dia tersenyum…
And that square jaw…
Zara tahu dia ada masalah baru. Buktinya, jantung dia dah mula berdegup tak menentu. Jadi sebelum masalah itu menjadi lebih besar, baik dia lari!
“I kena pergi.” Zara capai beg, angkat punggung dan terus keluar tanpa memandang sedikit pun ke arah Adhan.
Sampai di kereta, Zara cepat-cepat keluarkan kunci, buka pintu, masuk, kunci pintu dan dia hela nafas panjang. Stereng kereta digenggam kuat, kepala disandarkan ke kerusi. Apa yang dah jadi ni? Semua ini tak ada dalam rancangan dia. Dia sepatutnya datang ke sini, jumpa Adhan, buat perangai sedikit dan berharap Adhan akan reject dia. Tapi lelaki itu boleh senyum pada dia, panggil dia sweetheart dan babe, bercerita dengan dia macam mereka dah berkenalan sepuluh tahun. Dia tak sempat pun nak buat perangai emo-girl macam yang dia rancang dengan Nani. Tapi… Zara tegakkan badan. Dia baru pergi macam itu sahaja, tanpa berkata apa-apa dengan Adhan Mikhail. Sebelum tu sempat juga dia buat perangai macam perempuan psycho depan Adhan tadi (kes cutlery knives). Itu kira buat perangailah, kan? Zara senyum sendiri. Sure dia akan reject aku lepas ni kan? Senyum Zara makin melebar.
“Tok…tok…tok…”
Cermin kereta Zara diketuk. Dia menjerit terkejut. Mata memandang ke luar. Wajah Adhan yang sedang tersenyum lebar kelihatan di luar. Oh Tuhan! Memang dia ni pemurah!
Adhan buat isyarat agar tingkap diturunkan.
“What?” Tanya Zara sebaik sahaja tingkap diturunkan.
“Esok. Pukul 3. We’ll have that talk at your hotel’s coffee house. See you, sweetheart.” Beritahu Adhan sebelum bergerak ke arah sebuah Harley Davidson yang diparkir tak jauh dari kereta Zara. Tak sampai beberapa langkah Adhan menapak, dia berhenti kemudia dia berpusing semula kea rah Zara.
“Zara Harlina…”
Zara yang kembali membelek kad di tangan menoleh ke arah Adhan. Kali ini wajah lelaki itu nampak serius. Tiada lagi senyuman-sedikit-kacau seperti tadi.
“Hope to see the real you tomorrow.”
Zara terkedu. Sambil memandang Adhan yang berlalu pergi, dua perkara terlintas di fikirannya. Pertama, rancangan dia memang tak berjaya. Kedua, dia tak suka Adhan yang serius. TAK SUKA!

Adhan tenung Zara. Tenung dan terus tenung sampaikan Zara tak senang duduk dibuatnya. Sekejap tangan Zara di atas meja. Sekejap tangan dia pegang hujung rambut. Kemudian kembali ke atas meja memegang tisu dah ‘selamat’ diramas dan dikoyak-koyak tadi. Adhan cuba sembunyi senyum. Dia tahu Zara tak selesa sebab asyik direnung tapi dia tak boleh buat mata dia pandang benda lain.
            Semalam bila dia tinggalkan pesan ‘hope to see the real you’, dia tak sangka ini ‘the real’ Zara. Oh, dia tahu Zara Harlina memang manis. Dia dah pernah tengok Zara versi original tak lama dulu cuma ketika itu dia hanya melihat dari jauh. Sekarang bila dah tengok secara berdepan macam ini dia memang totally blown away. Ya. Dia memang tak salah pandang beberapa bulan lalu. Zara Harlina memang sweet and lovely. Rambut ikal paras bahu (Kali ini dengan warna asal tanpa apa-apa pewarna rambut mencacatkan keindahan itu). Mata bundar. Hidung yang kecil. Heart shaped-lips yang hanya dihiasi dengan pelembab bibir. Hari ini tiada lagi t-shirt Ed Hardy, jeans koyak dan kasut Chuck Taylor di tubuh Zara. Hari ini si manis mengenakan blouse berwarna putih dengan corak bunga-bunga kecil, skirt labuh berwarna ungu dan kasut bertumit warna hitam. Yup, this is the sweet and lovely Zara. Bisik Adhan dalam hati. Yang dah mula hendak naik angin, sambungnya lagi bila melihat muka Zara dah mula merah padam. Adhan senyum kecil.
            “Can we talk now? I ada appointment pukul pukul 3.30 nanti.” Tiba-tiba Zara bersuara. Dingin sahaja nadanya.
            “Laa, you ada appointment ke? Kenapa tak beritahu?” Baru ingat nak buat heart to heart talk, gumam Adhan dalam hati sambil mata melirik ke jam di tangan. Dah pukul 3.15! Nampaknya kena lupakan sahajalah heart to heart talk itu. Tapi bila fikir balik ok juga. Adalah lagi peluang dia hendak berjumpa Zara.
            “Last minute appointment. Jadi baik kita bercakap sekarang!” Balas Zara bersahaja.
            Adhan angkat kening.“15 minit untuk bercakap pasal masa depan kita? You serius?” Tanya Adhan. Dan sengaja dia senyum sebab dia tahu Zara tak selesa tengok dia senyum dan bila Zara tak selesa, dia akan naik angin. Dan sejujurnya Adhan suka tengok wajah si manis merah padam menahan rasa geram.
            “Habis tu bila lagi? And would you please stop smiling!”
            Adhan ketawa besar. Kan dah kata!
            “I tak setuju dengan cadangan parents kita.” Ujar Zara tiba-tiba.
            Ok. Nampak gaya Zara memang hendak bercakap sekarang.
            “Dan I rasa you patut minta your parent ambil semula cincin tu.” Zara terus bersuara tanpa beri peluang Adhan mencelah.
            “And why would I do that?” Tanya Adhan selamba.
            Zara buat muka tak percaya. “Which part of ‘I tak setuju dengan cadangan parents kita’ yang you tak faham?”
            “Oh no, princess I faham.”
            “Habis tu?”
           “Yang I faham, you tak setuju. Tapi I tak kata I tak setuju. Jadi kenapa pula my parent yang kena ambil semula cincin tu?” Adhan senyum lagi.
            “Sebab I tak setuju!”
            “So your parentlah yang kena pulangkan cincin.” Balas Adhan acuh tak acuh.
            “Ya Allah, you’re impossible!”
            “Hey, you yang tak setuju, you go and tell your parent. I tak ada masalah nak ikut kata my parent. They want us to get marry, then we’ll get marry.”
            “But I don’t want to get marry!” Beritahu Zara tegas.
            Adhan angkat bahu. “Jadi beritahu perkara tu pada your parent, princess.”
            “I can’t!”
            “Why not, princess?”
            “I just can’t and will you please stop calling me princess?!”
            “Can’t help it. You are a princess. Frog princess.” Balas Adhan bersahaja.
            “What? Frog princess?”
            “Ya. Malam tadi you the ugly frog. Wearing something that obviously isn’t you. But today you’ve turned into a beautiful princess. You’ve turned into the real you.”
Zara nampak terkedu. Mulut macam hendak bercakap sesuatu tapi tiada apa yang keluar dari mulutnya.
“Wow, I buat you terkedu, ya?” Adhan tersenyum nakal.
“It’s frog prince. Bukan frog princess!” Akhirnya itu yang terkeluar dari mulut Zara.
            “Ah…but that’s the Grimms version of fairytale.  In my version, it’s princess. And that princess is definitely you, my princess.”
            “Oh please! Jangan nak cheesy sangat ayat tu, boleh?” Zara mencebik geram.
            “I thought girls like cheesy line.”
            “Not this girl! I hate it. In fact I hate cheese!”
             “Ok. Noted.” Adhan keluarkan iPhone dari dalam jaketnya.
“Tak suka cheese. There, I've made a note in my phone. Lepas ni kalau kita pergi makan, I akan pastikan tak ada makanan yang bercampur dengan cheese untuk you.” Balas Adhan.
            Zara angkat tangan mengalah.
“Ya Allah! Kenapa susah sangat nak bercakap dengan you ni! You faham tak, I tak nak! Tak mahu! T.A.K M.A.H.U!” Sungguhlah dia tak tahu nak guna bahasa apa lagi untuk beri mamat ini faham.
            “Tapi I nak. I mahu. M.A.H.U. Mahu!”
            Zara tarik nafas dalam. Ada pertandingan mengeja ke apa ni? Memang menguji kesabaran betullah dia ini.
“You nak, I tak nak. Encik Adhan Mikhail, marriage is a union between two people. Kalau salah seorang tak ada, tak jadi benda tu.”
            “I tahu.”
            “Dah tu?”
            “Tapi I nak juga.”
            “Why?”
            “Because I want you.” Tegas Adhan menjawab.
            “Why?” Tanya Zara berang.
            “Just because.”
            “Just because is not an answer Adhan!”
“That’s all you’re going to get, Zara.”
Zara mengeleng. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam sambil pejam mata. Sebaik sahaja mata terbuka, wajah Adhan dipandang dalam.
“Adhan, dengar sini. You don’t want to marry me.” Tenang sahaja Zara bersuara.
“Ok. Boleh beritahu I kenapa?”
            “I tak pandai buat kerja rumah.”
            Adhan senyum segaris. Faham sangat apa yang Zara cuba lakukan. Fine, princess. Let’s do it your way.
            “I akan sediakan bibik.”
            “I tak pandai masak.”
            “Restoren ada.”
            “I tak suka basuh baju!”
            “Dobi banyak dekat KL ni.”
“I berdengkur bila tidur!”
            “Many thanks to Nathaniel Baldwin for the invention of headphones.”
            “I suka loud music!”
            “Metallica is one of my favorite band.”
            “I suka baca novel cinta!”
            “I akan set-up kan mini library untuk you.”
            “I…I…” Zara dah kehabisan kata.
            “Out of excuses, princess?” Tanya Adhan.
            Zara kemam bibir. Ya, dia dah habis alasan.
            “Sekarang giliran I pulak.” Adhan bangkit dari kerusi.
            “I nak kahwin dengan you hanya kerana tiga sebab. Sebab kedua…ini kehendak mama dan papa. Sebab ketiga…ini kehendak uncle and auntie…” Adhan berjeda sambil kaki berjalan menghampiri Zara. Sampai di depan Zara dia berhenti dan merenung tepat ke dalam mata Zara.
            Zara telan liur. Dalam berdebar dia juga rasa hairan. Mana sebab pertama? Kenapa terus lompat pergi sebab kedua dan ketiga?
            “What’s your prime reason?” Tanpa sedar mulut dia bertanya dalam nada berbisik.
            Adhan tersenyum penuh erti. Kedua belah tanganya memegang tempat letak tangan kerusi yang diduduki Zara. Badannya dibongkokkan hingga wajahnya dan wajah Zara hanya berjarak beberapa inci. Wajah mulus itu dipandang dengan penuh rasa. Dari kening yang semulajadi terbentuk pandangannya jatuh ke dalam sepasang mata yang redup pandangannya. Kemudian matanya menghala ke tahi lalat yang cantik menghias batang hidung Zara yang kecil. Dari hidung pandangannya melorot ke seulas bibir yang mungil memikat. Lama pandangannya singgah ke bibir yang sedang diketap kuat bakal tunangannya. Melihat wajah Zara yang merah menahan malu, Adhan ketawa kecil. Sekali lagi matanya memandang tepat ke dalam mata Zara.
            “Prime reason?” Dia bertanya perlahan.
“I’ll tell you…” Kemudian bibirnya didekatkan ke telinga Zara, “…on our wedding night.”

Dan Adhan terus berjalan meninggalkan Zara yang terkedu buat sekian kalinya.


Sneak peak #2 Part III
"But if there's a pill to help me forget, God knows I haven't found it yet
But I'm dying to, God I'm trying to, 'Cause trying not to love you, only goes so far
Trying not to need you, is tearing me apart..."
Zara terkedu.
"Damn Zarr. He's really into you!"

Sunday, May 26, 2013

Bab 1 : Hanya Dia...Cinta

Weekend Bite. Short story (roughly dalam 3-4 bab). Dan hanya akan di update setiap hujung minggu. Ala drama seminggu sekali kononnya, eheh! Dan short story ni juga salah satu cara saya nak pastikan blog ni tak bersawang sebenarnya. Sorry kalau ada yang geram dgn cara saya ni. Heheh...

So, first story, tajuknya #2. Idea spontan yang saya dapat waktu tengah tunggu kereta siap dicuci kelmarin. So...enjoy! 



“Setengah juta ringgit! Setengah juta ringgit for a wedding ring! It doesn’t make sense. Itu belum lagi belanja untuk majlis nikah, majlis resepsi di hotel, barang hantaran, goodies for the guests and the dresses for her bridesmaids. Oh, and did I mentioned about her 3 days bachelorette party at Uncle Syed private island? Do you know how much her wedding worth? Almost 5 million ringgit, Nani! Five million! You can feed a third world country with that amount of money! What was she’s thinking?”  Zara bersuara sekali nafas sambil berjalan mundar mandir di atas bumbung bangunan hotel 15 tingkat milik keluarganya.
            “Did you know she’s planning a shine bright like a diamond theme for her reception? Everything have to be shining katanya! Can you imagine that?” Dia sambung lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya. Ringan sedikit rasa dada selepas berminggu-minggu dia pendam rasa tidak puas hati itu.
            “Shine bright like a diamond? Eh, kak long kau dah terkenan dengan Rihanna ke?” Nani yang sejak tadi mendiamkan diri di hujung talian akhirnya bersuara sambil ketawa.
            “Rihanna? Siapa pulak tu?” Zara buat muka blur. Rasanya mereka tidak ada kenalan bernama Rihanna.
            “Laa…Hollywood artist tu lah. Yang heboh kes kena pukul dengan kekasih dia Chris Brown tu?”
            “Hah?” Sungguh dia blur. Chris Brown mana pulak ni? Dia cuba mengingati nama kawan-kawan sekuliah sewaktu belajar di Aberdeen dulu namun tak ada satu pun yang bernama Chris Brown.
            Nani di hujung talian sudah menepuk dahi bila melihat wajah Zara yang berkerut-kerut di skrin iPhonenya.
            “Forget it, Zarr.” Macam manalah dia boleh lupa minah seorang ini minah rock. Kalau sebut pasal Linkin Park, Breaking Benjamin atau Three Days Grace barulah cepat otak dia itu beri respon.
            “Semua ni membazir, Nani. Jenuh dah aku nasihat dia tapi…”
            “Macam curah air atas daun keladi?”
            Zara mengangguk. Punggung dilabuhkan ke atas sebuah kerusi yang dia bawa naik khas ke bahagian atas bumbung itu sejak kali pertama dia menjejakkan kaki ke hotel ini.
            “So why waste your time?”
            “Entahlah. Mungkin sebab aku ingat dia akan dengar cakap aku kali ni?”
            Nani juling mata ke atas. “When did she ever listen to you?”
            Zara mengeluh perlahan. Ya. Sejak bila pula Kak Long dengar cakap dia? Cakap mama dan babah pun kadang-kadang dia langgar, inikan pula dia yang berpangkat adik ini.
            “Just let her be, Zarr. Lagipun belanja untuk wedding tu, your future brother-in-law yang akan tanggung kan? Jadi tak payah nak pening kepala fikirlah. Sekarang ni fikirkan masalah kau yang tak selesai-selesai tu. Macam mana? Dah bincang dengan mama dan babah kau?”
            Zara menggeleng.
            “What!?”
            “Tak sampai hati nak cakap. Diaorang dah cukup pening dengan karenah Kak Long.”
            “Dah tu? Kau nak ikut je?”
            Zara tarik nafas panjang. “Kalau bincang dengan ‘dia’ je, macam mana?”
            Nani angkat kening sebelah. “Duh…dari awal itu yang aku suruh, kan?”
            “I think it’s time.”
            “Serious?”
            Zara mengangguk.
            “So, bilanya yang kau nak bincang dengan ‘dia’?” Nani keluar soalan cepu emas.
            Zara ketap bibir. “The sooner the better. Malam ni?”
            “Dah sedia ke?”
            “Nak ikutkan sampai bila-bila pun aku tak sedia lagi nak jumpa dia. In fact tak teringin pun nak jumpa dia. Tapi sampai bila nak tangguhkan? Clock’s ticking.” Makin tangguh, makin serabut fikiran dia dibuatnya. Jadi baik selesaikan secepat mungkin.
            “Ok. Nak aku temankan ke?”
            Zara menggeleng. “Let me do this alone. Bukannya susah sangat, kan? Jumpa, beritahu dia apa yang aku rasa, balik dah selesai masalah.”
            Nani mendengus perlahan.
            “Bunyi memanglah senang tapi nak execute tu kau rasa semudah itu?”
            Zara mengeluh. Ya, dia tahu tak mudah. Kalau mudah dah lama hal ini selesai. Ini semua ‘dia’ punya pasal. Kata belajar sampai luar negara tapi payah betul nak faham kata orang. Inilah agaknya yang orang kata, makin pandai seseorang itu, makin bodoh sebenarnya dia. Zara dah kata tak nak maknanya tak naklah. Kenapa yang susah sangat nak faham?
“Nani, remember your genius plan? Kita buat ikut itu je, ok tak? Mana tahu, untung sabut timbul.”
            Nani ketawa senada. “Yeah. Kalau untung sabut. Kalau untung batu? Lagipun rancangan itu sangat childish lah, Zara. Skrip drama slot Lestary sangat!”
            Zara senyum tawar. Drama slot Lestary ke, childish ke, dia dah tak peduli. Dia kena pastikan dia untung sabut. Sebab kalau untung batu, maknanya dia pun kena shine bright like a diamond lepas majlis Kak Long!

Zara periksa penampilan di cermin restoren. Rambut ikal paras bahunya dibiarkan lepas. Bahagian depan dihighlight dengan warna biru. Cermin mata bingkai hitam courtesy of Nani. Baby-T Ed Hardy warna hitam siap dengan imej skull and heart. Jeans koyak lutut. Kasut Converse All Star warna pink. Perfect! Memang penampilan ini masuk katergori bukan-calon-pilihan. Dan memang itu yang dia harap-harapkan. Gila, memang gila. Tapi lebih gila kalau dia datang pertemuan ini dengan keadaan dirinya yang sebenar. The sweet and lovely Zara Harlina, macam yang semua orang cakapkan. Lagipun bukankah mama kata, mama ‘dia’ tertarik dengan Zara sebab Zara ni nampak baik? Jadi, malam ini, biar dia tunjuk pada ‘dia’ yang Zara Harlina bukannya macam yang diperkatakan. A childish plan kata Nani. Dia tahu. Tapi apa lagi jalan yang ada. Nak berbincang elok-elok, ‘dia’ awal-awal dah menolak. Jadi kenalah buat gaya macam ini. Harap-harap ‘dia’ menyampah tengok Zara dah akan lupakan terus rancangan keluarga mereka.
Zara tarik nafas dalam lalu dihela perlahan. Kaki terus menghala ke pintu masuk restoren sambil mata melilau mencari meja berdekatan dengan mini water fountain seperti yang diberitahu dalam text message tadi.
 You can do this Zara. He’s only a guy.  A very stubborn guy but nevertheless, still a guy. Dan dah menjadi resmi lelaki seperti ‘dia’, mesti tertarik dengan yang cantik dan menarik sahaja. Takkan dia tertarik dengan perempuan berpakaian macam Zara sekarang melainkan dia pun…
Oh my! Langkah Zarra terhenti. Rahang rasa macam hendak jatuh ke bawah. Mulut terlopong sedikit dan matanya membulat, pegun memandang penghuni di meja berhampiran mini fountain. Biar betul? Salah orang, kut? Tapi ini sahajalah meja yang ada dekat dengan water fountain. Mana ada meja lain!
Dahi Zara mula berpeluh. ‘Dia’ yang duduk dah bangun berjalan menghampiri Zara dengan senyuman lebar.
“Zara Harlina?” Garau suara ‘dia’ menegur.
Zara rasa hendak mengeleng tapi entah kenapa otak dan hati dia tak synchronize pula malam ini. Zara terus mengangguk.
Makin lebar senyuman ‘dia’.
“I’m Adhan Mikhail.”
Ya. I know who you are! Bisik Zara dalam hati. Jengkel.
“Wow, tak sangka. Kita sepadan.” Ucap Adhan teruja sambil pandang Zara dan pandang diri sendiri silih berganti.
Zara rasa nak menyorok dalam tanah. Cringe! Zara belek Adhan Mikhail dari atas hingga ke bawah.
Rambut pacak.
T-Shirt Ed Hardy warna hitam dengan corak skull and tiger head.
Jeans lusuh warna biru dengan kedua belah lututnya koyak.
Kasut Converse All Star warna hitam.
Ya. Nampaknya memang mereka sepadan sangat. Oh my! Why? Why???
“Well…” Adhan senyum lagi tapi kali ini senyuman dia nampak…nakal?
“What?” Tanya Zara takut-takut. I don’t like that smile!
“Nampak gaya we share the same taste. Jadi tak ada alasanlah kita tak boleh ikut rancangan keluarga kita kan, sweetheart? We’re definitely made for each other.” Dia ketawa gembira.
Zara pula rasa hendak…
Menangis…
Meraung…
Meratap…
Menjerit sekuat hati!
Apa kata si dia tadi?
We share the same taste?
Tak ada maknanya!
Tak ada alasan tak boleh ikut rancangan keluarga?
Oh…Zara ada berpuluh alasan.
Sweetheart?
Euwww! Cheesy!
Dan made for each other?
In your dreams, mister!
Huwaa…Nani! Your genius plan dah backfired! Apa nak buat ni?

Bersambung...1/6/2013

Sneak peak #2 Part II
“Prime reason?” Adhan ulang soalan Zara. 
Dia senyum senget.
“I’ll tell you…” Kemudian bibirnya didekatkan ke telinga Zara, “…on our wedding night.”