Followers

Friday, February 14, 2014

Rahsia ~ Bab 5

I'm gonna use you and abuse you
I'm gonna know what's inside


Mak Yam
“Cari siapa?” Soal wanita itu sekali lagi. Suaranya kedengaran mendatar. Panahan matanya yang tajam benar-benar membuatkan Sham gerun. Tiba-tiba keadaan kembali terang. Sham memejamkan mata kerana silau lampu. Di belakangnya dia terdengar rakan-rakannya menjerit. Pantas matanya terbuka. Dia menoleh dan hampir mahu gugur jantungnya bila melihat kelibat seorang lelaki tua bersongkok sedang berdiri di hadapan rakan-rakannya. Lelaki itu sedang tersenyum lebar, menampakkan giginya yang sudah hampir ronggak dan kehitaman di makan usia.
“Anak ni cari apa?” Sekali lagi wanita itu bertanya. Kali ini suaranya kedengaran lembut pula.
Sham kembali memandang wanita tersebut. Dia terkesima sekali lagi. Mulutnya melopong kagum. Kalau tadi dalam samar-samar cahaya lilin, dia merasakan wanita ini cantik. Kini di bawah terang lampu, dia merasakan wanita ini terlalu jelita. Berkulit sawo matang. Matanya bundar. Pipinya bak pauh dilayang. Dagunya runcing. Ada lesung pipit kecil di pipi kanannya bila dia tersenyum. Rambutnya disanggul kemas. Sekali pandang bagai sedang melihat seorang primadona Melayu.
Wanita itu menghulurkan tangannya ke arah Sham. Tanpa teragak-agak Sham menyambut huluran tangan wanita itu. Sham ditarik bangun. Kini dia berdiri betul-betul di hadapan wanita itu.
“Hendak sewa bilikkah?” Tanya wanita itu. Matanya memandang sekilas rakan-rakan Sham yang saling berpelukan di belakang.
“Datang bersama?” Lenggok bahasanya sangat lembut dan kedengarn agak asing di telinga Sham.
Macam menonton filem P. Ramlee pula aku rasa. Bisiknya dalam hati.
“Err...saya nak pinjam telefon, Pu...Puan...” Sham menelan liur. Tidak tahu gelaran apa yang patut digunakan untuk bercakap dengan wanita ini.
Wanita itu ketawa kecil. “Panggil aku Mak Yam sahaja.”
“Errr...ok. Mak Yam.” Janggal pula rasanya memanggil wanita anggun ini dengan gelaran mak.
“Boleh pinjamkankan kami telefon?”
“Untuk apa kamu mahu menggunakan telefon?”
Dengan tenang Sham menceritakan apa yang berlaku pada mereka. Mak Yam terangguk-angguk faham.
“Jadi kalau boleh kami nak gunakan telefon hotel ni dan hubungi mekanik atau PLUS Ronda. Bolehkan, Mak Yam?”
“Telefon rosak. Kabel kena patah petir.” Balas satu suara asing yang muncul tiba-tiba.
Sham memandang ke arah kaunter reception, arah dari mana suara itu datang. Kelihatan seorang pemuda berusia awal 20-an sedang membaca majalah berdiri di situ. Mana pula munculnya dia ni? Soal Sham dalam hati.
“Handphone pun tak ada?” Tanya Sham lagi.
Pemuda itu ketawa sinis. “Dalam hutan macam ini? Nak dapat liputan dari mana?” Tanya pemuda itu sarkastik.
“Apa teruk sangat tempat ni?” Tiba-tiba Khairul bersuara.
Pemuda tadi memandang tajam ke arah Khairul. Pandangan matanya nampak sedikit menakutkan. Dia merenung Khairul bagaikan singa lapar.
“Din...”
 Pemuda yang dipanggil Din itu mengalihkan pandangannya bila ditegur Mak Yam. Dia kembali mengadap majalah di tangan.
“Begini sahajalah. Telefon kami rosak. Bekalan elektrik pun hampir terputus. Mujur juga ada generator. Apa kata kalau kamu bermalam sahaja di hotel ini dan tunggu sehingga hari siang. Pagi nanti, Mak Yam akan minta Din hantarkan kamu dengan motorsikal ke pekan berhampiran. Kalau mahu pergi sekarang, Mak Yam risau kalau kemalangan. Maklum sahajalah. Hujan lebat di luar.  Jalanraya di sini licin.”
Sham mengeluh perlahan. Dia bergerak menghampiri rakan-rakannya. “Macam mana? Kita bermalam di sini dulu?”
Mereka nampak sedikit keberatan.
 “Aku tak sedap hatilah, Sham. Nampak semacam je tempat ni.” Ria mengosok-gosok badannya yang kedinginan. Entah sebab hujan atau sebab gerun dengan tempat ini, dia sendiri tidak pasti.
“Betul cakap Ria tu. Mereka tu nampak peliklah. Tu pakcik pelik tu. Dari tadi asyik tersengih-sengih. Naik seriau pulak aku dibuatnya.” Kata Sue.
“Habis tu? Takkan nak patah balik ke kereta? Jauh tu!” Bidas Sham.
“Alah, satu malam je. Kalau dah takut sangat, kita ambil dua bilik sahaja. Engkau orang ladies, satu bilik. Kami satu bilik. Ambil bilik sebelah menyebelah. Kalau jadi apa-apa, senang.” Sham beri cadangan.
Setelah menimbang baik buruknya situasi yang mereka hadapi, akhirnya mereka mencapai kata sepakat.
“Baiklah Mak Yam. Kami bermalam di sini sahaja. Berikan kami dua bilik. Kalau boleh, biar sebelah menyebelah.”
Mak Yam tersenyum lebar. “Bagus!” Dia berpusing ke arah Din.
“Din, uruskan untuk mereka ya. Berikan bilik suits itu pada tetamu istimewa ini ya.”
“Eh, Mak Yam. Bilik biasa pun boleh. Tak perlu suits. Kami cuma nak bermalam semalam sahaja...”
Mak Yam mengeleng. “Jangan khuatir.  Aku anggap kamu ini tetamu istimewa. Jadi wajarlah bilik yang terbaik diberikan kepada kamu. Soal bayaran usah dirisaukan. Kami kenakan harga yang sama seperti bilik yang lain. Kamu selesaikan dengan Din, ya. Aku mahu ke kafe sebentar.”
Mendengar perkataan kafe, tiba-tiba perut Sham terasa lapar.
“Buka lagikah kafe Mak Yam. Dah lewat malam ni?” Mata Sham melirik ke arah grandfather clock berhampirannya.
“Pekerja kafe sudah pulang. Tapi masih ada lagi makanan yang tinggal. Kalau kamu semua lapar, datang sahaja ke kafe. Akan aku sediakan untuk kamu.” Mak Yam terus berjalan pantas menuju ke sebuah pintu kecil yang terukir perkataan KAFE di daun pintu.
“Ini kunci bilik.” Din menghulurkan dua batang kunci kepada Sham selepas selesai urusan pendaftaran.
“Naik tangga ni, belok ke kiri. Nanti Pak Said akan tunjukkan bilik kalian. Pak Said, hantar mereka ke Suits Cempaka.” Lelaki tua tadi mengangguk dan terus menyeringai. Seram sejuk dibuatkan Ria dan Sue.
“Terima kasih.” Ucap Sham.
“Aku nak ingatkan. Dekat sini jangan nak buat yang bukan-bukan. Dan pastikan kalian tidak ke bahagian hotel di sebelah kanan. Tempat tu bahaya sebab kami sedang lakukan pengubahsuaian. Kolam renang di bahagian belakang juga adalah kawasan larangan pada hujan begini.” Pesan Din tegas.
“Ada kolam renang juga ke hotel ni?” Tanya Khairul sinis.
Din tersenyum nipis. “Saiz Olimpik. Kalau kau nak cuba, aku tak larang. Kalau lemas, lagi senang kerja aku.”
Khairul mula berang. Ringan sahaja tangannya mahu menumbuk wajah dingin Din namun cepat dihalang Sham. Sham pantas menarik Khairul menyertai rakan-rakannya yang sudah naik menuju ke atas kecuali Alyah yang masih tercegat di kaki tangga.
“Alyah?” Sham menyentuh lengan Alyah. Gadis itu tersentak macam orang baru dikejutkan dari lamunan yang panjang.
“Kenapa tak naik lagi?”
Bibir Alyah bergetar. Macam mana dia hendak naik, kalau kakinya sedang dipaut seseorang?
“Dahlah. Jom naik. Mandi cepat. Nanti demam pulak.” Sham menarik tangan Alyah.
Alyah melirik dengan ekor matanya ke arah kaki kirinya. Dahinya berkerut. Dia berpusing di sekeliling, mencari sesuatu.
“Al cari apa? Kawan-kawan lain semua dah naik. Jomlah...” Terus dia diseret naik.
“Mana budak tu?”
“Budak mana pula ni, Alyah? Isyhh...Al ni macam-macamlah. Jomlah naik!” Suara Sham sedikit tinggi.

Hati Alyah berdebar kencang. Mana perginya kanak-kanak perempuan yang memaut kakinya tadi? 

Wednesday, February 12, 2014

Bab 8 - Hanya Dia...Cinta

Hujung minggunya kembali dipenuhi aktiviti-aktiviti seperti dulu. Hari ini dia dan Nani bersama ahli kelab X-Treme, kelab yang disertai sejak dia belajar dulu akan mengikuti aktiviti menunggang ATV di ATV Adventure Park di Kemensah. Pia tak dapat ikut sama sebab demam selsema. Walaupun tak ramai ahli yang dapat turut serta, tapi memandangkan dah lama sangat dia tak menjalankan aktiviti ektreme begini, dia ikutkan juga.

Sebaik sahaja sampai di ATV Adventure Park, mereka berkumpul bersama beberapa orang lagi ahli kelab X-Treme yang sampai lebih awal.

“Hai Zara, lama tak nampak?” Tegur Fendi, ketua kelabnya.

“Sibuk sikitlah, Fendi. Kau apa khabar? Seorang je? Enaz mana?” Mata Zara tercari-cari kelibat Enaz, isteri Fendi yang juga ahli kelab mereka. Untung betul kalau dapat pasangan yang punya minat yang sama macam Fendi dan Enaz.

“Enaz outstation. Ke Singapura.”

“Oh…so, hari ni jadi bujang kembalilah?” Usik Zara.

Fendi ketawa besar. “Are you kidding? Tu, nampak tu siapa?” Fendi halakan pandangan ke arah pondok berhampiran.
Zara ketawa bila melihat, Fairuz, kembar Enaz sedang berbual-bual dengan sekumpulan lelaki. Memang tak ada peluanglah Fendi hendak berlagak bujang kalau abang ipar sendiri ada bersama.

“Fendi, berapa orang kita hari ni?” Tanya Nani yang baru mendekati mereka.

“Club members’ hanya 10 orang je yang dapat join. Tapi ada a few peoples akan ikut kita.”

“Siapa?”

“Tu, kawan-kawan Fairuz.”

Zara dan Nani menoleh memandang ke arah Fairuz dan sekumpulan lelaki tadi. Ada lima orang semuanya termasuk Fairuz.

“Eh…” Nani tiba-tiba tersenyum simpul.

“Kau ni kenapa?” Hairan Zara tengok kawan dia yang macam orang tak betul tiba-tiba tersengih-sengih.

“This is going to be fun.”

“Selama ni memang kita have fun pun kan?”

“Tapi hari ini extra fun!” Nani dah teruja gila.

Zara dah juling mata ke atas. Whatever! Dia sarung glove ke tangan. Topi keledar yang yang dipegang disarung ke kepala.

“Kau tak nak tanya kenapa ke?” Soal Nani bila Zara nampak macam tak berminat dengan keterujaan dia.

“Nak cakap, cakap. Kalau tidak diam je!” Tempelak Zara sambil mengetatkan tali topi keledarnya.

“Itu….” Panjang harkat ‘itu’ Nani. Jari dihala ke arah rakan-rakan Fairuz. Zara ikut memandang.

“Apa…” Ayat Zara tak sempat habis sebaik sahaja mata dia ternampak seseorang yang tidak disangka-sangka berada di kalangan rakan-rakan Fairuz.

Macam tahu-tahu diri sedang diperhati, orang yang tak disangka-sangka itu angkat kepala dan mula memandang ke sekeliling. Dan sebaik sahaja pandangannya singgah ke wajah Zara, pandangan si dia mencerun seketika sebelum bibir itu melarik senyum sengetnya. Si dia kemudian minta diri dari rakan-rakannya dan berjalan mendekati Zara yang dah melopong memandang dia.

“Hai, Nani.” Tegur si dia tapi mata memandang ke arah Zara.

“Hai, Adhan. Fancy meeting you here. Tak sangka you minat aktiviti macam gini juga ya?”

“I dah biasa datang sini sebenarnya. Dan extreme activity memang hobi I.

Pandangan masih tak beralih dari Zara.

“Ya ke? Wow! Suka extreme activities juga ke you ni?”

“I guess.”

“Pelik. Kenapa tak pernah nampak sebelum ni?”

Adhan angkat bahu. “Tak sampai jodoh lagi agaknya.” Jawapan Adhan mengandungi makna lain.

“Oh…sekarang dah berjodohlah ya?” Nani dah ketawa besar.

Adhan senyum. Senget. Kemudian kepala dirapatkan ke arah Zara, telinga Zara menjadi sasaran bisikkannya, “I don’t know. Dah berjodoh ke?”

Zara hanya diam membisu. Jodoh?

Kalau disuruh buat senarai pro dan kontra seorang lelaki bernama Adhan Mikhail, rasanya ruangan pro yang penuh. Minat muzik yang sama. Ada hobi yang sama. Suka kopi. Suka cheese. Macam dia. Kacak. Berkerjaya. Dan memang tak dinafikan, kalau Adhan tak buat perangai sengal dia, lelaki itu baik juga. Jadi apa lagi alasan untuk dia tolak lamaran keluarga Adhan? Lagipun bukannya dia kena paksa kahwin jam itu juga. Keluarga suruh mereka kenal-kenal juga dulu. Tapi kenapa hati dia degil sangat?

Bunyi benda terjatuh ke dalam air menyentak lamunan Zara. Serentak itu dia terdengar suara orang ketawa berdekah-dekah. Pantas dia menoleh ke arah tersebut. Berkerut-kerut dahi Zara melihat ahli kelab ATVnya sedang ketawa sambil memandang ke arah air terjun. Baru sahaja Zara hendak kalih pandangan…

Oh my! Jantung tiba-tiba rasa berdegup kencang bila melihat pemandangan di depan mata…

Adhan tiba-tiba muncul dari dalam air.  Sleeveless t-shirt Ed Hardy warna putih yang tersarung di badan dah lencun, menampakkan susuk tubuh Adhan yang…gulp!

Zara menggeleng laju. Apa yang kau buat ni Zara? Itu Adhan Mikhail ok. You’re supposed to hate him. Bukan admire dia! Okay, mata. Divert your attention! Pandang pokok. Pandang air terjun. Pandang langit. Pandang apa sahaja kecuali Adhan.

Tapi macam biasa mata selalu nak menderhaka pada tuannya. Tak sampai lima minit, kelibat Adhan juga yang dicari. Bad eyes! Zara rasa macam nak cucuk mata sendiri.

God, why must he be so damn attractive?! Zara mengomel sendiri dalam hati.

Rambut masih tetap terpacak walaupun dah dibasahi air. Dan t-shirt yang dah basah tadi tak lagi tersarung di badan menampakkan susuk tubuh yang berotot. Perut berketak-ketak. Dada sasa. Dan jelas nampak otot lengan yang berketul-ketul bila Adhan mengelap tubuhnya dengan tuala di tangan. Drooling! Tiba-tiba Zara rasa perutnya mengebu-gebu. Apahal pulak ni? Takkan ada kupu-kupu kot?

“Wei…” Bahu Zara ditepuk kuat.
Zara menoleh ke arah Nani yang sedang tersenyum simpul.

“Kata tak suka?”

“Apanya?” Zara buat-buat tak faham.

“Eleh…sudahlah Zarr. Kau ingat aku tak nampak dari tadi kau asyik skodeng Adhan?”

“What? Pfttt… please. Macamlah aku tak ada kerja lain.” Nafikan selagi boleh!

“Habis tu kepala tu asyik nak terteleng ke arah sana je, apa kes?” Soal Nani lagi.

“Menikmati keindahan alam, salah ke?”

Nani ketawa besar. “Ya lah…keindahan alamlah sangat. Tapi bukan keindahan alam semulajadi ni kan? Tapi alam….” Nani dah angkat-angkat kening penuh makna sambil mata mengerling ke arah Adhan di hadapan mereka.

“Shut up Nani!”

Ketawa Nani makin besar hingga menarik perhatian beberapa teman yang berada berdekatan mereka. Zara dah panas muka. Tak tunggu lama, dia terus bangun tinggalkan Nani. Bikin malu kompeni sahaja kawan baik dia ni!

Langkah diatur laju ke arah air terjun. Niat hati nak basahkan muka yang terasa berbahang. Dalam kalut dia hendak melarikan diri, Zara tak sedar dia menuju ke kawasan yang agak dalam dan banyak batu. Dengan penuh hati-hati dia memijak batu-batu licin di dalam air. 

Please don’t fall…please don’t fall. Terkumat kamit mulutnya berdoa. Namun, entah di mana silapnya tiba-tiba…

“Burr…”

Sekejap tadi Zara di atas di kelilingi udara, kini dia di bawah di kelilingi air. Dia cuba untuk berdiri tapi rasa panik tiba-tiba muncul. Dia terasa bagai ada benda yang menarik kakinya. Habis, hantu air nak ambil aku! Zara cuba meronta tapi makin dia mencuba, makin dalam rasanya diri ditarik. Dia cuba buka mulut menjerit meminta tolong tapi sebaliknya air berlumba-lumba masuk ke dalam kerongkong.

Tiba-tiba dia terasa ada sepasang tangan sedang memeluknya. Sekali lagi dia cuba meronta tapi pelukkan itu makin kuat dirasakan. Sah…memang ada hantu air nak tarik dia masuk alam lain. Tidak!  Zara pejam mata kuat-kuat.

“Zara!” Dia terdengar namanya dipanggil.
Err…hantu air ni tahu nama dia? Mama…tolong Zara.

“Zara!” Kali ini dia rasa pipinya dipukul lembut. Crap! Dah main tampar-tampar pulak hantu air ni!

“Zara, open your eyes.” Pinta hantu air itu.

Zara menggeleng laju. Tak rela dia hendak tengok wajah hantu air itu.

“Zara, babe, please open your eyes…” Sekali lagi hantu air itu bersuara. Kali ini lebih lembut dari tadi.

Wait a minute! Kenapa macam kenal je suara hantu air ni? Sudah, aku ni dah angaukan dia ke sampai suara hantu air ni pun aku rasa macam suara Adhan?

“Zara…” Bahunya terasa digoncang kuat.

“Please open your eyes, princess…”

Princess? Macam mana pula hantu air ni boleh tahu nama gelaran yang selalu digunakan Adhan? Melainkan…

Jantung Zara kembali berdegup kencang. Matanya dibuka perlahan. Err… Dada …perut …lengan. Kalau tadi dia tengok dari jauh, tapi kini semuanya hanya beberapa inci sahaja jaraknya dari mata.

“You’re ok babe?” Soal si pemilik tubuh yang baru dibelek.

Zara mengangguk perlahan. Tiba-tiba rasa macam tak mampu hendak bersuara pula.

“You’re sure?”

Sekali lagi Zara mengangguk. Mana hilangnya suara aku ni?

“So, kalau you dah ok…” Suara Adhan dah tukar nada.

“Bolehlah lepaskan, I?”

Hah? Mata Zara membulat. Dia pandang Adhan yang tengah tersenyum nipis. Tangan Adhan elok di sisi. Dia pandang diri sendiri. Tangan dia? Elok melekap di pinggang Adhan. What the hell? Cepat-cepat dia lepaskan pinggang Adhan.

“Zara, kau ok?” Tanya Nani.

Zara hanya mengangguk. Malu bukan kepalang bila diri menjadi tumpuan semua orang.

“Go change your clothes. Dah basah lencun ni. Nanti demam pulak.” Arah Adhan di sebelah. Di tangannya ada sehelai tuala yang terus dibalut ke tubuh Zara. Dah tahu hendak datang tempat begini kenapalah nak pakai t-shirt warna cerah macam ini. Menduga iman orang betul Zara Harlina ni. Sempat Adhan membebel dalam hati.

“Err…”

“Kenapa?”

“I tak bawa baju spare.” Balasnya perlahan. Manalah dia tahu nak alami kejadian hampir lemas macam tadi, kan?

“Wait here.” Adhan dah berlari ke arah bag packnya. Tak lama kemudian dia kembali ke sisi Zara dengan sepasang baju-T dan sehelai seluar track bottom.

“Nah. Mungkin besar tapi oklah agak untuk sementara waktu. Pergi tukar.” Pakaian di tangan diserahkan ke arah Zara.

“Habis tu, you?” Bukan dia sahaja yang basah kuyup. Adhan pun sama. Takkan nak biarkan Adhan kesejukkan.

Adhan menggeleng. Lekuk di pipinya muncul sebaik sahaja bibir menguntum senyum.

“Don’t worry about me. I’ll live. Dah jangan tunggu lagi. Angin kuat ni. Pergi tukar baju. Nani, can you help her?”
Adhan dah tolak tubuh Zara ke arah Nani.

“Damn, girl. He’s really into you.” Bisik Nani perlahan.

Zara rasa hendak menangis. Tubir mata terasa panas. Dia menoleh ke belakang, memandang Adhan yang masih berdiri memandang dia. Terharu? Ya. Sangat. Kaki berhenti melangkah. Dia pusing dan berlari-lari anak mendapatkan Adhan yang dah berkerut dahi memandang dia.

“Zara…what’s wrong?”

Zara berhenti di hadapan Adhan. Caught in the heat of the moment. Panggillah apa saja. Ada rasa yang perlu dia suarakan. Dia dah tekad. Dia perlu beri lelaki ini peluang dan ruang. Mana tahu, mungkin dia juga boleh jadi seperti Sofea dan Reza? Cuma satu sahaja yang dia perlukan ketika ini. Dia perlukan masa. Dan dia berharap sangat lelaki ini dapat bersabar dengannya.

“Zara? Kenapa ni?” Soal Adhan bila dilihat Zara hanya berdiri memandang dia.

Zara tarik nafas dalam-dalam. “Please be patient with me,” pintanya sekali lafaz.

Adhan dah berkerut dahi. Kepala digeleng tanda tidak faham dengan kata-kata Zara.

“You. Me. Us. Whatever the future holds for us. Could you please be patient with me?”

Adhan terpenpam. You. Me. Us. Mendengar tiga patah perkataan itu meluncur dari mulut Zara, hanya satu perkara yang terlintas di fikirannya…

She’s giving us a chance!

Saturday, February 1, 2014

Bab 7 : Hanya Dia...Cinta


Dewan hotel dihias cantik. Tema shine bright like a diamond yang diidam-idamkan si pengantin perempuan berjaya juga direalisasikan. Seluruh pelusuk dewan dihias dengan bunga-bunga dan perhiasan berwarna putih dicampur sedikit dengan warna silver. Di bahagian pelamin, batu-batu swarvoski yang digambarkan seperti berlian nampak berkelipan bila terkena pancaran lampu limpah yang dipasang. Memang nampak mewah! Terlalu mewah untuk majlis yang hanya berlangsung selama beberapa jam sahaja itu, keluh Zara sendirian.
Muka dah penat asyik tersenyum. Lutut pula rasa hendak tercabut sebab terpaksa berdiri menjadi penyambut tetamu sebelah keluarganya. Sebentar tadi dia baru sahaja menjalankan tanggugjawabnya mengiring Sofea untuk upacara bersanding di atas pelamin, memandangkan dia salah seorang daripada bride’s maid. Ingatkan bila semua hal diuruskan wedding planner, tak adalah letih macam ini. Tapi sama saja gayanya dengan menguruskan sendiri.
“Senyum…” Bisik Nadine di sebelahnya.
“Senyumlah ni. Kak Ngah nak suruh Zara senyum lebar mana lagi?” Lenguh muka tahu tak?
“Senyum dengan ikhlas. Ini nampak sangat memaksa. Kalau kena capture dengan jurugambar stesen tv tu muka keluarga pengantin perempuan macam ini, kan ke nampak tak elok?”
Zara tarik muncung. Ikhlas tak ikhlas biar dia dengan Tuhan saja yang tahu! Dan ada dia hairan dengan stesen tv tu?
“Tengok tu. Muncung pulak! Adik ni kan, kalau masa majlis kak ngah adik buat gaya gini memang kak ngah cubit-cubit muncung tu!” Nadine dah mengacah mahu mencubit bibir si adik yang bercalit hanya dengan pelembab bibir.
Zara ketawa. “Kak ngah, masa tu dah tentu-tentu kak ngah tengah bersanding. Manalah kak ngan nak nampak Zara muncung ke tidak?”
“Oh, ada niatlah nak memuncung ya?” Nadine dah cekak pinggang.
“Kalau kak ngah buat gaya gini, mungkinlah kut,” balas Zara selamba.
Nadine senyum nipis. “Adik nampak ada gaya kak ngah ke?”
Soalan dari Nadine Zara balas dengan gelengan. Dia tahu kakaknya yang satu ini jenis yang bersederhan. Macam dia juga. Cuma kak long dia sahaja yang lain macam sedikit perangainya. Entah mama terkenan siapa masa mengandungkan Sofea dulu pun dia tak tahu.
“Membazir.”
“Tak apalah adik. Reza mampu.”
“Kalau mampu sekalipun, apa salahnya bersederhana? Majlis tak sampai berapa jam pun tak habisnya beratus ribu. Bukankah yang wajib tu yang harus kita utamakan? Kadang-kadang Zara tak faham dengan kak long ni.” Zara luahkan rasa yang terbuku di hati.
“Rezeki mereka lebih, jadi mereka nak meraikan keluarga dan sahabat mereka. Benda baik adik. Asalkan niat mereka betul, bukan sebab nak menunjuk-nunjuk cukuplah. Kita doalah majlis ni diberkati, Zara.” Nasihat Nadine.
“Zara…” Panggilan dari Puan Rohana mematikan perbualan antara dua beradik itu.
Zara pergi mendapatkan mamanya yang berdiri berhampiran sebuah meja VIP. Sebaik sahaja sampai dekat dengan meja itu, jantung Zara dah mula berdebar tak tentu arah. Mana tidaknya, meja itu diduduki keluarga Adhan! Lelaki yang kali terakhir ditemui dua minggu lalu di rumahnya.
“Cantiknya Zara malam ni…” Laju mommy Adhan memuji sebaik sahaja dia tunduk menghulurkan salam ke arah wanita itu. Adhan yang duduk selang satu kerusi dari mommynya dijeling dari ekor mata. Kenapa serius sahaja wajah si dia?
Tersipu Zara dibuatnya. Bukanlah dia tak biasa dipuji tapi bila dipuji secara terbuka macam ini, segan dibuatnya. Lebih-lebih lagi bila ada sepasang mata yang pandang dia tak lepas-lepas memandang dia. Tiba-tiba dia teringat perbualan terakhir dia dengan Adhan dua minggu lalu. Ya Allah, entah kenapa tiba-tiba dia rasa macam hendak lari jauh dari situ. Malu bila mengenangkan gaun labuh yang dia pakai ini menampakkan susuk tubuh. Rambut dia yang dulu ditutupi selendang panjang hari ini didandan dan disanggul. Terasa panas muka pula!
“Zara dah makan? Kalau belum, come join us? Temankan mommy?” Pelawa Puan Maisarah.
“Err…” Zara baru hendak menolak tapi mamanya terlebih dahulu bersuara.
“Yalah. Zara tak makan lagikan? Temankan Auntie Mai dan Adhan makan.” Puan Rohana terus keluar arahan.
Apabila Puan Rohana dah buat nada suara ala mejar pencen itu, apa lagi pilihan yag dia ada selain daripada menurut perintah? Dengan hati yang berat, dia duduk juga di sebelah Puan Maisara. Duduk di sebelah Puan Maisarah, bermakna duduk di sebelah Adhan juga. Debaran di dada makin kuar dirasakannya.
“Err…Uncle Iskandar mana, auntie?”
Sejak tadi hanya Puan Maisarah dan Adhan sahaja yang kelihatan. Kelibat Encik Iskandar langsung tak nampak.
“Papa ke Dubai. Ada kerja.” Akhirnya si dia di sebelah bersuara juga.
Hati macam nak melompat keluar dari badan sebaik sahaja suara yang sudah hampir dua minggu tidak didengar itu menyapa telinganya. Hairan juga dia sebenarnya ke mana menghilangnya lelaki itu. Kalau tidak itu ke mana sahaja dia pergi, ada sahaja Adhan. Kalau tidak pun, telefon dia tak pernah putus daripada menerima Whatsapp dari lelaki itu. Tapi dua minggu ini, memang lelaki itu sepi tanpa berita. Kunjungan dia ke Café #2 pun tidak menemukan dia dengan Adhan Mikhail. Memang dia tak nak mengaku tapi hati dia sekarang dah pandai tercari-cari kelibat lelaki ini.
“Papa tu sibuk sentiasa. Nanti bila Adhan ambil alih tempat papa, jangan dia pun sibuk macam itu sudah. Kesian Zara nanti asyik kena tinggal.”
Tersedak Zara dibuatnya mendengar penyataan Puan Maisarah. Pedih mata jadinya bila air yang diminum tersalah masuk saluran.
“Mommy…” Tegur Adhan.
Puan Maisarah hanya tersenyum lebar. Zara pula makin tak selesa dibuatnya. Tapi dalam pada itu, timbul juga rasa ingin tahu dalam hati. Apa maksud Puan Maisarah yang Adhan akan ambil alih kerja Encik Iskandar? Bukankah Adhan ada perniagaan sendiri?
“Sorry about that. Are you ok?” Tanya Adhan sebaik sahaja Puan Maisarah dah beralih tumpuan kepada orang di sebelah kirinya.
“Yeah. I’m fine.”
Adhan senyum, menampakkan lekuk di kedua belah pipinya. Cepat-cepat Zara alih pandangan, bimbang kalau hati terusik dengan senyuman itu.
"So, how are you?” Adhan bertanya.
Wajah Zara yang dihiasi solekkan nipis dipandang tak berkelip. Dua minggu tak bersua muka. Rindu jangan cakaplah. Tapi bukan dia sengaja hendak buat begini. Dia ada sebabnya. Dia hendak ajar hati seorang Zara Harlina untuk merindu. Dia hendak ajar hati seorang Zara Harlina untuk menerima kehadiran seorang Adhan Mikhail. Dan dia berharap tempoh dua minggu ini cukup untuk hati Zara mula menyebut nama dia.
"Fine. Sihat je. You pulak? Hidup lagi you ya?" Laju saja ayat tu meluncur dari mulut dia tanpa sempat ditapis. Crap! Crap! Crap! Kenapalah lancang sangat mulut ni Zara Harlina?
Adhan di hadapan mata dah menjeling tajam. O-kay. Nampak gayanya dua minggu tak cukup untuk seorang Zara Harlina merindu dia. Silap percaturan rupanya dia. Atau memang dia silap menaruh harapan sejak mula lagi?
"Nak sangat I mati ke?" Dingin saja soalan balas dari Adhan.
“Adhan…I…” Minta maaf Zara! Susah sangat ke?
“Don’t worry. Kalau I mati, mesti family I beritahu you.” Mendatar sahaja Adhan bersuara.
Ya Allah, Zara. Kau dah kecilkan hati dia!
“Adhan, I’m sorry.”
“Hmmm…”
Hmmm? Apa makna hmm tu? Hmmm, I maafkan. Atau hmmm apa-apa sajalah? Baru sahaja Zara hendak buka mulut bertanya, suara pengacara majlis kedengaran dari bahagian depan dewan. Upacara potong kek hendak dimulakan. Sofea dan Reza berjalan beriringan dari meja makan beradap menuju ke arah sebuah meja khas yang menempatkan sebuah kek empat tingkat.
Zara dan Adhan tegak memandang Sofea dah Reza yang sedang ketawa gembira sambil menyuap kek ke mulut masing-masing. Jelas nampak rasa bahagia terpancar di wajah kedua-dua pengantin baru itu. Siapa sangka, hubungan yang pada mulanya diatur keluarga berakhir dengan perkahwinan.
“She looks happy.”
Zara mengangguk setuju. Ya, kak long dia memang nampak bahagia.
“Tak nampak macam kahwin paksa pun…”
Zara tersenyum nipis. “She’s lucky, I guess. Walaupun Abang Reza tu pilihan mama dan babah, tapi dua-dua boleh jatuh suka bila dah kenal.” 
“I see…” Balas Adhan perlahan.
Keadaan sunyi kembali antara mereka. Yang kendengaran hanya lagu This I Promise You yang menjadi lagu iringan acara potong kek Sofea dan Reza.
“I wonder…” Adhan bersuara selepas beberapa ketika.
Zara menoleh, memandang wajah Adhan yang nampak serius. Berkerut dahi menanti apa yang bakal keluar dari mulut Adhan.
“Can we get our own happy ending?” Adhan toleh pandang Zara, merenung tepat ke dalam mata si gadis yang dah lama mencuri masuk ke dalam hati dia. 
Pandangan tajam Adhan buat Zara lemah lutut. Demi Tuhan, dia memang tak mampu nak alihkan pandangan. Ada sesuatu yang di dalam pandangan Adhan yang buat fikiran Zara tiba-tiba jadi kosong...hati dia tiba-tiba jadi kacau dan jantung dia tiba-tiba berdegup kencang.
“Can we, Zara?” Tanya Adhan sekali lagi dengan muka yang serius.
Zara telan liur. Demi Tuhan, dia tak tahu nak jawap apa.
“Will you ever be my happily ever after, Zara Harlina?” Sekali lagi Adhan beri soalan yang tak mampu dijawab.
Tiba-tiba Adhan tersenyum. Tawar tanpa perasaan.
“I guess tak semua dari kita bertuah macam Sofea dan Reza, kan?” Adhan kembali merenung pasangan pengantin.
Dan Zara?

Hanya mampu memandang Adhan dengan perasaan yang sukar hendak dimengertikan.

Monday, January 20, 2014

Bab 6 : Hanya Dia...Cinta


Zara sarung baju kurung kain cotton berwarna ungu lembut ke tubuhnya. Selepas semuanya nampak elok terletak di tubuh, dia ambil selendang panjang rona warna yang sama dari atas katil. Selendang dililit rapi di kepala. Wajahnya cuma disapu sedikit bedak kompak dan bibirnya cuma dioles dengan pelembab bibir. Selepas berpuas hati dengan penampilannya, Zara melangkah keluar dari bilik.
Langkah diatur turun ke bawah. Saudara maranya yang baru sampai petang tadi dah memenuhi ruang makan yang dah dialihkan mejanya bagi memberi ruang kepada kaum wanita solat jemaah bersama nanti.
“Aik, Zara, tak solat sama?” Soal Mak Ngah Zizah, kakak kepada mamanya.
“Err…” Zara cuma tersenyum kelat. Segan pula nak beritahu ‘kawan-baiknya’ tengah datang menjengah.
Mungkin faham dengan maksud senyuman Zara, Mak Ngah Zizah mengangguk dan ketawa. Mak Long, Mak Ndak dan Mak Usu dan sepupu-sepupunya yang lain pun sama ikut ketawa. Aduh! Memalukan sungguh! Mereka ni tak reti nak jaga air muka orangkah? Muka Zara dah membahang. Cepat dia bergerak ke dapur.
“Adik…” Masuk saja dapur, dah ada suara yang memanggil dia. Wajah Kak Long yang cantik bertelekung dipandang sejenak.
“Ya?”
“Tolong tengokkan orang-orang catering dekat bawah khemah?”
“Hah? Sekarang ke?” Maghrib dah nak masuk dah ni!
“Yalah. Sekejap saja. Takkan Kak Long pula nak pergi dengan telekung segala ni!”
“Ala…kenapa tak minta babah je? Seganlah kak long. Dekat depan tu ramai lelaki!” Nanti dari orang tak tahu semua jadi tahu yang dia tak boleh bersolat sama. Kakak aku  nilah! Tak reti betul nak jaga reputasi adik sendiri.
“Alaa…babah bukan tahu pun. Catering tu kan kak long yang uruskan. Bukannya kena buat apa pun. Adik cuma tolong tengok semuanya lengkap atau tak saja.”
Zara dah tarik muka.
“Fine. Kalau tak boleh tolong, tak apalah. Biar kak long je pergi.” Rajuk si kak long.
Zara rasa macam hendak hentak kaki sahaja. Tak adil sungguh! Suka sangat guna ayat sentap lepas tu buat ‘ugutan emosi’ dengan dia.
“Yalah…yalah. Zara pergi.” Dengan muka yang masam, Zara bergerak ke pintu belakang. Terpaksalah dia keluar ikut pintu belakang hendak menghala ke hadapan. Takkan nak ikut ruang tamu yang sah-sah dah penuh dengan jemaah lelaki itu.
“Thank you, sayang…” Ucap si kakak ceria.
Zara cuma mencemik. You are so not welcome! Tak pasal-pasal dah jadi tak ikhlas kerja yang dia kena buat ini.
Sampai di bawah khemah, Zara perhatikan krew catering yang sudah selesai menyusun tray-tray berisi makanan dan pinggan-pinggan makan. Selepas puas hati dengan segalanya, Zara cepat-cepat tinggalkan khemah, nak masuk semula ke dalam rumah. Sewaktu diri melalui pintu gelangsar berhadapan dengan taman mini mamanya, langkah Zara terhenti saat telinga menangkap sabaris nama yang disebut-sebut babahnya.
“Adhan, dah masuk waktu ni….”
Zara menoleh ke arah ruang tamunya. Dari luar dia melihat si jejaka yag disebut-sebut babahnya bangun dan bergerak ke bahagian hadapan. Sebelah tangan diangkat lalu diletakkan di telinga kanan. Tanpa sedar, bibirnya mencebik. Adhan nak laungkan azan? Biar betul? Nyanyi lagu rock pandailah!
Zara berpusing, hendak meneruskan langkahnya ke bahagian belakang rumah. Tapi belum sempat dia hendak melangkah, dia berhenti sekali lagi.
“Allahuakhbar…Allahuakbhar…”
Jantung Zara berdegup pantas. Pandangan kembali menghala ke bahagian dalam rumah. Tumpuannya kini hanya pada si jejaka berbaju melayu yang lengkap berbaju Melayu warna ungu dan berkain pelikat yang sedang mengalunkan azan, menyeru seisi rumah untuk mengerjakan solat maghrib.
Zara terpaku. Suara itu...
Kalau sebelum ini dia merasakan nyanyian Adhan di #2 kelmarin sedap, dia silap besar. Rasanya lantunan suara si jejaka melaungkan azan lebih merdu dari sebelumnya. Zara dah pegang dada.
“Masya Allah…” Dia memuji dalam hati. Kemudian dia menggeleng laju. Kenapa dengan aku ni? Sungguh, saat itu ada rasa halus yang mula menyusup dalam hati seorang Zara Harlina.

Usai solat maghrib, bacaan doa selamat dimulakan. Kemudian mereka semua teruskan ke solat Isyak. Selesai segalanya, semua yang ada beransur ke khemah di luar rumah untuk menjamu selera. Zara yang masih lagi dalam mode kagum dan tak percaya selesa berada di dalam rumah. Perut tiba-tiba rasa sebu pula. Hilang selera makannya bila hati dan fikiran mula bercelaru.
            “Adik…termenung pula dia. Jom ke depan, makan.” Nadine dah tarik ajak dia bangun.
            “Err..tak apalah. Kak Ngah pergilah.”
            “Laaa….dah apasal pulak ni?”
            “Tak ada apalah.”
            “Kalau dah tak ada apa, jomlah. Tu, Adhan seorang diri je dekat luar dulu. Pergilah layan dia.”
          Cepat Zara menggeleng. Tak nak!  Seram pula rasa bila memikirkan nak berhadapan dengan Adhan. Oh Tuhan, kenapa pula nak rasa macam ini, Zara?
“Pergilah layan dia…” Nadine dah tolak Zara ke hadapan.
“Isyhh…Kak ngah ni. Dia dah besarlah. Boleh layan diri sendiri, tak payah nak layan segala!”
Sebolehnya Zara hendak mengelak daripada berhadapan dengan Adhan. Entah kenapa lepas sahaja dia mendengar suara si jejaka melaungkan azan tadi, hati dia berdebar semacam bila terpandang wajah Adhan. Tambahan pula tengah hari tadi Adhan dah ucapkan ayat beli jiwa yang buat jiwa dia hampir nak terjual; because you’re mine. Kalau selalu kena gula-gula dengan ayat manis Adhan, mungkin juga kubu pertahanan dalam hati dia ini runtuh. No, can’t do! Belum masa lagi dia nak ucapkan selamat tinggal pada gelaran solo dia.
“Amboi…sedapnya bahasa tuan rumah. Dia tu tetamu rumah ni. Kenalah layan!”
“Tetamu rumah ni maknanya tetamu kak ngah juga kan? Kenapa Zarr je yang nak kena layan? Kak ngah layan tak boleh?” Zara beri alasan lagi.
“Kak Ngah sibuk.”
“Sibuk apanya? Dari tadi asyik berdiri dekat sini.” Dah macam mandur saja gaya kakaknya sejak tadi. Berdiri di hadapan pintu rumah memerhati keadaan sekeliling.
“Tu…nampak tu?” Nadine dah muncung mulut ke arah pintu pagar.
Zara kalih pandangan dan kemudian mengeluh perlahan melihat kelibat orang yang ditunjuk si kakak. Eh, datang pula doktor ni?
“Kata Abang Haikal kerja malam ni?”
“Memanglah. Dia on the way nak pergi hospital, singgah sini sekejap tunjuk muka. Oklah. Kak ngah nak melayan encik tunang tu ya. And I suggest you do the same with you soon-to-be-fiancé.” Saran Nadine selamba.
 “He is not!”
“He will be!” Ujar Nadine sebelum pergi mendapatkan tunangnya, Haikal.
Zara mencebik. Kalau tak buat bagai yang disuruh mesti mama pun membising sama nanti. Dengan muka cemberut, dia berjalan mendekati Adhan. Sempat dia singgah di meja buffet untuk mengambil dua gelas air.
“Ehem…” Zara berdeham panggil Adhan.
Adhan yang sedang membelek telefon bimbit mendongak dan untuk beberapa ketika wajah dia nampak terpaku melihat Zara. Ni apahal pandang aku macam tak berkelip mata ni? Hati Zara mengomel sendiri. Rasa berbahang pula wajah bila direnung Adhan begitu sekali.
“Nah, air…” Cepat-cepat dia hulurkan air di tangan ke arah Adhan, cuba hendak mengurangkan debar di hati. Arghhh…Zara Harlina, kenapa macam ini malam ni? Takkan sebab baru dengar merdu suara Adhan mengalunkan ayat Al-Quran, terus hati dia goyah?
 “Air!” Ulang Zara sedikit kasar bila melihat Adhan masih kaku di hadapannya.
Adhan terus-terusan merenung Zara. Kemudian perlahan bibir menguntum senyum sambil tangan mencapai gelas dari tangan Zara.
“Thanks.”
Zara sekadar mengangguk.
“You tak makan?” Soal Adhan.
“Sekejap lagilah. You kenapa tak makan?”
“Tak ada selera…”
“Laa…boleh pula macam tu?” Datang kenduri orang pun nak ikut ada selera atau tidak kah?
Adhan ketawa perlahan. “Itu tadi. Sekarang dah ada selera semula.”
“Pulak dah?”
“Yalah. Tadi I tak nampak you, sekarang dah nampak you terus datang selera makan I.” Adhan dah angkat-angkat kening.
Zara jeling Adhan Tajam. Ada saja lelaki ni!
Adhan senyum tengok jelingan si gadis. Air di tangan diteguk perlahan.
"Hmm…Manis."
"Apa yang manis? Air ni?" Tanya Zara hairan.
Dia labuhkan punggung di kerusi bersebelahan Adhan sebelum dia menyisip air sirap selasih di dalam gelas di tangannya. Berkerut-kerut dahinya, cuba mendapatkan rasa manis yang disebut Adhan.
"Tak manis pun. Sedang elok je.” Zara berpaling ke arah Adhan. Lelaki ini tak tahan minum benda manis-manis agaknya.
“You tak tahan manis ya? I minta bibik ambilkan air masak ya? Tak pun, you nak air lain? I boleh minta bibik buatkan." 
Adhan pandang Zara tak berkelip. Tak lama kemudian dia ketawa besar. 
"Wow!"
Zara dah buat muka hairan. "Apa yang wow?"
"You perasan tak, sejak kita kenal baru hari ni I dengar you cakap baik-baik dengan I.
Ambil berat juga you pasal I ya?" Adhan dah pasang senyum senget. 
Huh! Zara ketap gigi. Geram. Buat baik kena perli. Buat tak tahu kena tegur. Apa sajalah yang lelaki ni nak dari dia sebenarnya? Zara tarik muka empat belas. Barulah dia nak ajar hati dia berbaik-baik dengan Adhan tapi nampak gayanya lelaki ini memang suka buat darah dia mendidih. 
Gelas di tangan diletakkan di atas meja. Zara terus bangkit dari kerusi. Duduk di sini pun menyakitkan hati saja!
"Marah ke? I mengusik saja pun." Adhan bertanya dengan sengihan masih tak hilang di bibir.
"Malas nak layan you!"
"Get used to it Zara. Nanti dah kahwin lagi giat I usik you."
Zara mencemik. "Siapa nak kahwin dengan you?"
"You." Si jejaka bagi jawapan ringkas.
Zara cuma menjeling. Tak kuasa hendak beri apa-apa respon sebab tahu makin dilayan, makin menjadi-jadi usikan Adhan. Jalan paling baik ialah menjauhkan diri dari lelaki ini secepat mungkin. Biarlah mama nak marah dia sebab tak layan tetamu pun. Lagi elok kena marah sebab tak melayan dari tanggung dosa layan tak ikhlas.
Dia baru hendak pasang langkah bila Adhan tiba-tiba seru nama dia.
"Apa lagi ni?" Zara dah mula nak hilang sabar.
Adhan bangun dari kerusi dan berdiri di hadapan Zara.
"Manis." Dia ulang lagi ayat yang sama.
Zara dah mengeluh panjang. Tak habis-habis dengan manisnya!
"Isyhh...nanti..." Belum sempat dia hendak beritahu dia akan minta bibik buatkan air lain untuk Adhan, si jejaka dah angkat tangan.
"Bukan air tu yang manis." Beritahu Adhan.
"Dah tu?"
Adhan senyum. Kali ini bukan senyum senget yang selalu terukir setiap kali dia dalam mode hendak mengusik. Sebaliknya senyuman kali ini nampak ikhlas datang dari hatinya. Dan demi Tuhan, senyuman yang satu ini lebih membuatkan dia rasa tak tentu arah.
"You. You nampak manis macam ni, Zara. Without your make-up, without that scowl on your forehead. Terpelihara kecantikkan you.  Terserlah kesopanan you. And Demi Allah, Zara Harlina Elyas you looked more beautiful tonight than any other day. I wish I can see you like this every day..." Beritahu Adhan lembut dan tenang sebelum berjalan ke arah khemah berdekatan meninggalkan Zara yang dah terdiam dan tergamam.
Zara kembali terduduk di atas kerusi. Manis? Hanya dengan baju kurung kain cotton dan selendang panjang melilit kepala? Tiba-tiba sahaja hati dia jadi sebak. Mata mencari kelibat Adhan di bawah khemah. Lelaki yang berdiri yang membelakangkannya itu direnung dengan perasaan yang bercampur baur. Bagai terasa dirinya sedang direnung, Adhan menoleh membalas pandangan Zara. Saat itu ada sesuatu yang terdetak dalam hati. Cepat Zara larikan pandangan ke arah lain.

Ya Allah, Adhan! Kenapalah suka sangat buat hati dia tak tentu arah begini?


Saturday, January 4, 2014

Bab 5 : Hanya Dia...Cinta


Hujung minggu patutnya dia bermalas-malasan di rumah sendiri selepas penat mengadap kerja pejabat enam hari sebelumnya. Kalau tak beristirehat di rumah pun, waktu inilah dia keluar buat aktiviti kegemarannya dengan geng adrenalin junkies’ dia yang lain. Daki bukit, gunung, jungle tracking, ATV ride atau paling teruk pun pergi wall climbing. Tapi sejak Kak Long hendak kahwin, jadual hujung minggu Zara berubah jadinya. Apa jadi sekalipun, Zara kena balik tunjuk muka di rumah keluarga dia. Tolong Kak Long buat persiapan kahwinnya. Bila Puan Rohana dah keluar mandat, janganlah sekali-kali hendak membantah. Panjang tazkirahnya nanti. Tapi kalau hendak diikutkan macam tak ada fungsi pun dia balik. Nak tolong apa kalau semuanya dibuat bonda tercinta bersama dengan ahli persatuan wanitanya. Zara hanya duduk menjadi penonton di tepi sahaja.
“Isyh…jangan muncung sangat boleh? Kak ngah ikat juga muncung tu nanti!” Sergahan dari Nadine mengejutkan Zara yang tengah mengelamun.
“Kak ngah ni, terkejut oranglah.”
“Berangan lagi! Orang ajak balik suruh menolong, dia boleh pula termenung mengalahkan orang yang nak kahwin pula.” Nadine membebel.
Muncung Zara makin panjang.
“Bukan tak nak menolong tapi semua benda pun orang lain dah buat. Nak tolong buat bunga telur, tangan Zara tak berseni. Nak tolong siapkan goodies, Chik Yah tak bagi pegang. Jadi Zara nak buat apa? Kak ngah nak balik….” Zara dah merengek pada Nadine.
Nadine dah menggeleng laju.
“Tak boleh! Kalau awak nak dengar mama membebel tujuh hari tujuh malam beranilah balik. Lagipun, siapa kata tak ada kerja? Tu…di dapur tu, ada je kerja yang menanti.”
“Dapur? Oh hell no! Kak ngah nak suruh Zara bakar dapur tu ke apa?”
Kali terakhir dia masuk ke dapur (lebih sepuluh tahun yang lalu), hampir sahaja rumah mereka terbakar. Semuanya gara-gara Zara terlupa hendak tutup api dapur gas selesai buat scramble egg. Punyalah asyik makan, dia tak sedar dapur dah berasap. Tahu-tahu sahaja alat penggera dah berbunyi. Nasib baiklah abah pasang smoke detector di dalam rumah. Kalau tidak dah lama jadi arwah agaknya Zara Harlina. Disebabkan peristiwa tu, Zara naik fobia hendak masuk dapur. Sudahnya sampai sekarang dia tak pandai hendak memasak.
“Ada sajalah alasan dia, kan?” Nadine dah cubit lengan si adik.
“Ni nak kahwin nanti kak ngah tak tahulah macam mana nasib si Adhan tu!”
Mata Zara dah membulat. “Eh, apa kena mengena pula dia dalam ini cerita?”
“Aik, itu bukan ke bakal suami awak?”
Zara dah menggeleng laju. “Oh no!!! Zara tak pernah kata setuju pun ok!”
“Awak tak kata, tapi family kita dah kata.”
“Jadi biarlah family kita je yang kahwin dengan dia! Zara tak nak!”
Zara dah tarik muka. Geram. Menyampah. Nak marah pun ada. Tak habis-habis suruh dia kahwin. Macamlah dia dah tua sangat. Baru dua puluh lapan tahun saja pun! Dari kecil sampai besar, tak habis-habis hendak kawal hidup dia. Nak belajar di mana, nak ambil kursus apa, nak kerja di mana, semua nak ditentukan. Bab nikah kahwin ni tak boleh ke dia sendiri yang uruskan?
“You know what, adik. Dari pemerhatian kak ngah, kak ngah tengok dia tu sesuai sangat dengan awak. Dan nampak macam dia sayang saja dekat awak. Yang adik berkeras sangat tak nak dekat Adhan tu kenapa? Apa kurangnya dia?” Soalan Nadine buat Zara terdiam seketika.
Kurang? Sejujurnya memang dia tak nampak apa kurangnya Adhan. Tapi…entahlah! Bila sebut perkataan kahwin dan Adhan dalam ayat yang sama, dia rasa macam ada yang tak kena saja. Dan sayang? Betul ke Adhan sayang dia? Adhan cuma kata Adhan nak dekat dia saja. Nak tak semestinya sayang, kan?
“It’s not him, personally. It’s….” Apa dia? Arghhh! Payah betul dia nak terangkan.
"Kak ngah pernah terbaca satu quote ni. Katanya, pilihlah seseorang yang lebih sayangkan kita kerana orang yang kita sayang mungkin akan meninggalkan kita untuk orang lain yang dia sayang."
 “So?” Dahi Zara berkerut. Apa kaitan quote tu dengan dia? 
"Adik ni slowlah!" Geram dia tengok dahi si adik yang berkerut-kerut.
"Pulak? Kak ngah yang sibuk nak bermadah bagai. Cuba cakap straight to the point. Senang kan?" 
Nadine menggeleng. Kesian Adhan. Nasib kau lah kawan, kau yang nak sangat dekat si blur ni...
“Zara Harlina!” Perbualan dua beradik itu terhenti bila suara Puan Rohana kedengaran di belakang mereka. Kedua-duanya berpaling. Muka Puan Rohana yang nampak macam orang tak puas hati itu buat Zara dah tak tentu arah rasa.
“Ya Allah, dia boleh duduk bersenang-senang dekat sini!” Puan Rohana dah cekak pinggang.
“Kenapa tak pergi temankan Adhan dekat depan tu?” Soal Puan Rohana.
Zara dah ternganga. Temankan Adhan dekat depan? Bila pulak si mamat stubble tu sampai? Kenapa pula dia datang?
"Tunggu apa lagi? Pergilah layan Adhan tu."
“Layan apa pula mama ni? Bila pula dia sampai? Dia datang buat apa? Zara tak ajak pun!”
“Isyh…tetamu nak datang, takkan nak tunggu berajak?”
“Masalahnya apa kena mengena pula dia dengan kita yang nak datang selalu?” Tanya Zara geram. Tak malu ke asyik bertandang rumah orang?
“Datang sebagai anak kawan mama, tak boleh ke?”
“Kalau macam tu mama sajalah layan dia, aduh…” Zara dah gosok lengan. Mata menjeling ke arah Nadine yang baru saja menghadiahkan cubitan ketam padanya.
“Kenapa cakap macam tu dengan mama?” Aura seorang kakak dah keluar.
Zara gosok lengan. Auch..sakit. Sakit kena cubit. Sakit kena tegur. Sakit sebab terkurang ajar dengan mama sendiri.
“Sorry…”
Puan Rohana dah menggeleng. “Auntie Mai yang minta Adhan datang. Tolong-tolong apa yang patut. Malam ni kan abah nak buat doa selamat. Kita ni bukannya ramai saudara lelaki. Sebab itulah Adhan datang.”
Zara dah tunduk. Malu bila sedar diri terlebih syak wasangka pada Adhan.
“Dah, mama nak ke dapur. Pergi tengokkan Adhan tu. Kesian dia sorang-sorang di luar tu.”
Zara angkat kepala dan menjenguk sedikit ke bahagian luar rumah. Bibir mencemik bila melihat betapa ‘kasihannya’ si mamat stubble. Siap ketawa sampai nampak semua tiga puluh  dua batang gigi tu, kesian apanya?
"Ala...ramai je yang layan dia. Mama tengok tu, kawan-kawan mama tu. Bukan main mesra lagi dengan dia. Haa...ada yang berkenan nak buat bakal menantulah tu." Zara menjeling. Sebal. Sukalah tu orang 'hurung' dia macam semut hurung gula!
"Isyhh budak bertuah ni! Cakap tu doa tahu? Nak sangat ke Adhan pergi dekat orang lain?" Marah Puan Rohana.
"Kalau dah jodoh dia macam tu mama....Zara nak buat apa lagi?" Selamba Zara menjawab. Tapi…Erk! Kenapa rasa semacam saja hati ni?
"Amboi...pandai pula bercerita pasal jodoh ya? Bila kena dekat batang hidung dia macam-macam alasan dia bagi. Dah, jangan nak mengada-ngada lagi. Pergi depan tu temankan dia. Kalau tak nak layan sebagai bakal suami awak pun, layan dia sebagai tetamu. Tetamu ni datang bawa rezeki, tahu?"
"Ala ma... suruh kak ngah pergi." Zara cuba buat muka kasihan. Dia berpusing ke tepi tapi bayang kak ngahnya dah tak kelihatan. Bila masa pula dia cabut ni?
"No!"
"Mama...."
"Zara Harlina!"
Zara dah tunduk pandang lantai. Kalau Puan Rohana dah panggil nama penuh tu, tak ada makna lagi dah nak merengek segala. Tak ada kompromi! Dah masuk mode do or die!
Dengan muka bosan Zara berjalan mendekati Adhan yang sedang duduk di kerusi rehat di porch rumah. Macam tahu-tahu saja dia nak datang, makcik-makcik yang duduk dengan Adhan tadi beransur seorang demi seorang meninggalkan AdAdha
"Zara..." Tegur Adhan. Lembut.
"Adhan..." Balas Zara. Dingin.
Diam. Adhan renung Zara. Zara dah mula hangat muka. Terasa segan pula bila tak berkelip-kelip mata Adhan pandang dia. Be still my heart! Ini cuma seorang Adhan.
“Bila sampai?” Soal Zara dingin. Saja berbasa basi.
“Baru je.” Lembut Adhan menjawab. Hati Zara dah mula terusik. Isyhh…kenapalah yang baik sangat ni?
"Ehem...nak air?" 
"Tak nak."
"Nak nasi?"
"Tak nak."
"Nak kuih?"
"Tak nak."
Oh Tuhan, menduga kesabaran sungguhlah manusia depan aku ni!
Zara tarik nafas dalam-dalam. Cuba hendak menenangkan perasaan sendiri.
"Habis tu awak nak apa? Takkan datang rumah orang tak jamah apa-apa?"
Adhan senyum. Meleret. Senyuman yang selalu buat Zara tak tentu arah rasa.
Perlahan Adhan bangun dan bergerak mendekati Zara. Kepala ditundukkan sedikit dan selamba dia berbisik...
"I. Nak. You."
Whoa! Tenang Zara, tenang. Jangan nak cepat sangat cair dengan mamat sweet talker ni!
"Tapi I.Tak.Nak.You!" Zara sengih tayang gigi.
Adhan angkat bahu. Mulut dah senyum senget.
"Jangan yakin sangat, babe..."
"I memang yakin dengan benda ni, ok!" Tegas Zara. Yakin ke Zara? Kalau yakin kenapa tekak rasa kesat je nak luahkan ayat tu? Hati kecil Zara bersuara.
"If you say so, princess.”
“Adhan…”
Adhan dah senyum lebar.  “I suka dengar you panggil nama I.”
Zara ketap gigi. Ok. Mulai hari ini dia takkan sebut nama lelaki ni lagi!
“Kenapa?”
“Kenapa apa? Kenapa I suka dengar you panggil nama I?” Usik Adhan.
“No! Kenapa you beriya sangat nak kita bersama?” Soal Zara geram.
Adhan angkat bahu. "You're single. I'm single. Jadi I tak nampak apa masalahnya kita tak boleh bersama."
Zara angkat kening. Amboi, ayat penyata penuh kenyakinan diberinya. Don't be so sure mister!
"Who says I'm single?" Zara senyum sinis.
Adhan terkedu. Berubah air mukanya sebentar. Tapi tak lama lepas itu, bibir dah kembali senyum. Senget. Penuh makna.
Zara dah telan liur. He's up to something!
“Yes, you’re definitely not single princess.”
Adhan tundukkan sedikit kepala, hingga mulut berada dekat ke telinga Zara.
“Because you’re mine…”
Whoa! Zara dah terkedu.