Followers

Google+ Followers

Friday, April 18, 2014

Rahsia ~ Bab 8


Sedar

“Alyah!” Sham menjerit kuat lalu terjaga. Kepalanya terasa berpusing. Tangannya memegang kepalanya yang terasa berdenyut.
“Sham?” Suara Jamie kedengaran parau di sisinya. 
Sham menoleh ke tepi. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.
“Apa dah jadi ni?” Tanya Jamie sambil mengusap pelipisnya, cuba mengurangkan rasa pening yang mencengkam. 
Dia kemudian memandang keadaan sekeliling. Dahinya berkerut hairan. Mereka berada di dalam keretanya. Kemudian dia memandang ke belakang. Dia ternampak Sue dan Ria duduk bersandar sebelah menyebelah tidak sedarkan diri. Di belakang Sue dan Ria, terdengar bunyi keruhan Khairul. Dia memandang ke luar. Gelap.
“Macam mana kita boleh ada dekat sini?” Soalnya hairan.
Sham termangu di kerusinya. Dia sedang cuba mengingati apa yang terjadi. Seingatnya mereka sedang menikmati makan lewat malam di sebuah Kafe Hotel Cempaka Putih. Macam mana pula mereka berada di sini? Sham menoleh ke belakang.
“Mana Alyah?” Tanyanya kuat. 
Ria dan Sue tiba-tiba terjaga. Masing-masing nampak terpinga-pinga.
“Mana Alyah?” Jerit Sham sekali lagi.
 Sue dan Ria saling berpandangan. Khairul yang sedang lena tidur mengelupur bangun.
Sham membuka pintu kereta untuk keluar. Namun baru sahaja tangannya memegang tempat pembuka, cermin kereta mereka diketuk dari luar. Cahaya lampu suluh menerobos masuk ke dalam dari arah kiri dan kanan. Sham mengangkat tangan, menahan silau.
“Encik? Encik?” Suara seorang lelaki memanggil dari luar.
“Polis?” Ujar Jamie bila kelibat orang di luar dapat dilihat dengan jelas. Pintu kereta terus dibuka. Sham di sebelah turut melakukan perkara yang sama.
“Encik Jamison Hew?” Tanya pegawai polis tersebut sebaik sahaja Jamie berdiri di hadapannya.
“Ya saya.”
Kemudian pegawai polis itu menyuluh ke arah rakan-rakannya yang lain. Sekeing kertas di tangan dibaca.
“Encik Fazrisham?”
“Saya.” Sahut Sham dari sebelah sana.
“Cik Suezana Pairin?”
Sue mengangkat tangan sambil mengangguk.
“Encik Khairul Anuar?”
“Saya encik.” Jawab Khairul yang sudah berdiri di sebelah Jamie.
“Cik Aria Musa?”
“Saya.” Jawab Ria perlahan.
“Dan Cik Alyah Syafik?”
Kali ini tiada sahutan. “Cik Alyah Syafik?” Tanya pegawai itu sekali lagi.
“Kawan kami hilang, encik. Tolong cari dia.” Pinta Sham pada pegawai polis yang berada di sisinya. Pegawai berpangkat sarjan itu memandang rakannya yang beradai di sebelah Jamie. Dia mengisyaratkan sesuatu kepada rakannya itu. Rakannya mengangguk faham.
“Macam inilah, encik. Encik semua ikut kami ke balai dahalu. Kita cerita di sana.”
“Tapi Alyah. Kita kena cari kakak saya tu cepat encik. Dia mungkin dalam bahaya!” Pinta Ria. Ketika itu tiba-tiba sahaja angin bertiup kencang. Wajah pegawai polis itu berubah riak.
“Saya faham Cik Aria. Saya janji, kita akan cari kakak cik. Tapi anda semua kena ikut kami ke balai dahulu. Tempat ni bahaya waktu-waktu begini.” Tegas pegawai polis itu.
Dengan berat hati, mereka semua menaiki range rover milik pegawai polis tersebut. Dalam hati masing-masing berdoa agar Alyah masih lagi selamat.
***
Jamie dan Sham duduk mendiamkan diri. Khairul sudah lembik tersandar di tepi dinding apabila semua isi perutnya dimuntahkan keluar tadi. Ria dan Sue hanya mampu menangis. Sudah lima jam mereka berada di dalam bilik berhawa dingin itu. Yang boleh mereka lakukan kini hanya menunggu. Menunggu berita tentang Alyah. Dan menungguh ketibaan keluarga masing-masing.
Suratkhabar yang berada di atas meja ditarik Ria. Tajuk yang menjadi berita utama dibaca sekali lagi.

Anak Orang Kenamaan Hilang

Kata-kata Sarjan Murad yang menyelamatkan mereka tadi kembali terngiang di telinga.

“Kamu semua dilaporkan hilang dua hari yang lalu. Rakan-rakan kolej kamu yang sudah tiba di Pulau Pinang yang laporkan kehilangan kamu selepas kamu tidak muncul-muncul ke majlis reunion tersebut. Operasi menyelamat terus dimulakan. Kami jejaki perjalanan kamu semua namun jejak kamu hilang selepas sahaja kamu keluar dari hentian sebelah Taiping. Kami hampir hentikan operasi mencari hinggalah kami terima panggilan telefon dari seorang wanita yang memberitahu kedudukan kamu semua. Dan sejujurnya kami sendiri terkejut bila temui kereta kamu di tepi lebuhraya itu sedangkan sudah berkali-kali kamu lalui jalan itu. Kami dah periksa laporan kamu. Kami dah hantar pegawai kami ke kawasan yang kamu katakan itu tapi maaf, kami tidak temui hotel yang kamu maksudkan.”
Ria tersedu. Segala yang berlaku sukar diterima akal. Bagaimana pula kereta mereka boleh ditemui tersadai di tepi lebuhraya hanya 500 meter dari susur keluar hentian sebelah Taiping sedangkan sudah jauh mereka memandu malam itu?  Dan Hotel Inapan Sentanggi. Mana mungkin hotel itu boleh hilang begitu sahaja? Dia yakin, wanita yang menelefon pihak polis itu pasti Mak Yam. Tapi di mana pula hilangnya wanita cantik itu? Din dan Pak Said. Di mana mereka?
Pintu bilik tiba-tiba dibuka dari luar. Wajah Sarja Murad muncul dari balik pintu.
“Kami mungkin ada berita tentang Cik Alyah.”
“Encik dah jumpa Alyah? Dia ada di mana? Dia selamat bukan? Dia tidak apa-apa?” Soal Sham bertalu-talu.
“Sabar Encik Sham. Kami baru dapat berita dari sebuah hospital psikitari di kawasan ini. Ada seorang gadis yang tidak dikenali telah ditemui tidak sedarkan diri di hadapan pintu hospital kelmarin. Melalui deskripsi yang diberikan, kemungkinan gadis itu Cik Alyah.” Terang Sarjan Murad.

Sham memandang wajah rakan-rakannya yang lain. Perkara yang sama terlintas di fikiran mereka ketika ini. Hospital psikitari?