Followers

Google+ Followers

Friday, April 18, 2014

Rahsia ~ Bab 7


Memori

Alyah terjaga apabila terdengar pintu bilik berdentum. Tuala kecil yang menutup muka dicampak ke bawah. Air mandiannya sudah sejuk. Dia meraup wajahnya. Entah berapa lama dia tertidur di dalam tab mandi ini pun dia tidak sedar. Kerana terlalu penat, lena sungguh tidurnya tadi. Perlahan, Alyah keluar dari tab mandi. Bath robe yang tergantuk di belakang pintu dicapai lalu disarung ke badan. Rambutnya yang basah dibngkus dengan tuala.
Tak naik lagikah mereka? Soalnya dalam hati bila tidak ternampak kelibat Ria dan Sue di dalam bilik. Alyah mencapai beg sandangnya. Sehelai t-shirt turtle neck berwarna hijau dan sepasang seluar cargo berwarna coklat ditarik keluar lalu disarung ke badan. Baru sahaja dia hendak baring di atas katil dia ternampak sebiji dulang yang ditutup dengan sehelai kain putih berada di atas meja. Ada bau kurang enak terbit dari situ.
Alyah membuka kain putih tersebut. Tekaknya terasa kembang. Hampir sahaja dia terjeluwek menahan rasa. Tangannya menekup mulut dan hidung. Dia menutup kembali dulang tersebut lalu berlari ke bilik air. Habis semua isi perutnya dihamburkan ke dalam mangkuk tandas bila terkenangkan ulat-ulat kecil yang memenuhi pinggan berisi nasi goreng di atas meja tadi.
Setelah berasa lega, Alyah terus keluar dari bilik, mahu mencari Ria dan Sue. Mahu ditempelak sahaja rakana-rakannya kerana memberikan dia makanan seperti itu. Dia berjalan laju melalui koridor yang disinari cahaya jingga dari lampu yang tergantung di tepi dinding. Sampai di tangga, langkah Alyah terhenti. Telinganya menangkap bunyi budak sedang menangis di bahagian kanan bangunan itu. Tiba-tiba dia terbayangkan budak perempuan yang memaut kakinya tadi. Mungkinkah budak itu? Tapi kenapa dia berada di sana? Dia teringat pesan Din yang melarang mereka ke kawasan itu tadi. Bukankah tempat itu sedang dalam proses pengubahsuaian?
Akal rasionalnya menyuruh dia pergi. Namun hatinya meronta-ronta mahu ke sana lebih-lebih lagi bila tangisan itu kedengaran semakin kuat. Perlahan kakinya melangkah ke arah koridor yang gelap itu. Dia berjalan penuh berhati-hati. Tangannya meraba-raba dinding koridor. Semakin dalam dia berjalan, semakin kuat bunyi tangisan itu. Tiba-tiba dia ternampak cahaya muncul dari celah daun pintu sebuah bilik. Suara tangisan kanak-kanak itu jelas kedengaran dari sana. Alyah melajukan langkahnya.
Sebaik sahaja sampai di depan pintu, Alyah menolak daun pintu itu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang hanya ada sebuah katil di tengah-tengahnya. Di sebalik katil, dia ternampak kelibat seorang kanak-kanak sedang duduk memegang lutut dan menangis. Alyah berjalan mendekati kanak-kanak tersebut. Di belakangnya pintu bilik itu tiba-tiba berdentum kuat. Alyah menoleh melihat pintu bilik itu sudah tertutup rapat. Suara tangisan itu juga tiba-tiba berhenti. Alyah memandang semula ke arah katil. Kelibat kanak-kanak itu sudah tidak kelihatan.
Hati Alyah mula tidak senang. Serta merta tengkuknya meremang. Dia berlari ke arah pintu, cuba memulas tombol pintu tersebut namun ia seolah-olah terkunci dari luar.
“Tolong! Tolong! Bukak pintu ni!” Dia mengetuk-ngetuk daun pintu. Air matanya sudah mula membasahi pipi.
“Sham! Sham tolong Alyah!” Alyah menjerit meminta tolong. Hampir serak tekaknya menjerit namun tiada siapa pun yang datang membuka pintu tersebut. Tangisan Alyah makin kuat...
“Sudahlah tu, janganlah asyik menangis. Bukan boleh selesai masalah pun!” Suara Sham kedengaran keras di belakangnya. Alyah menoleh.
“Sham...” Dia cuba bergerak mendekati Sham yang sedang duduk di atas katil dengan wajah yang kusut. Namun kakinya bagai terpasak ke lantai.
“Habis tu, Sham nak suruh Al buat apa? Al dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang. Sham kena bertanggungjawab!”
Dahi Alyah berkerut hairan. Itu suara dia, tapi bukan dia yang sedang bercakap sekarang. Tiba-tiba Sham bangun lalu berdiri mengadap katil. Di atas katil ada seorang gadis berambut pendek sedang menangis dengan tangannya menekup muka.
“Gugurkan dia!”
“What?” Gadis itu menurunkan tangannya. Matanya mencerlung memandang Sham. Alyah tergamam. Dia kenal gadis itu. Gadis itu adalah dirinya tujuh tahun yang lalu. Serentak dengan itu dia mula teringatkan kejadian yang sedang dia saksikan sekarang. Ya Tuhan, inilah kejadian yang telah merosakkan hidupnya!
“Gugurkan! Kandungan Al masih awal lagi. Kalau kita gugurkan sekarang, Al tak akan apa-apa.”
“Sham gila ke apa? Cukuplah kita buat doza berzina tu, sekarang Sham nak tambah dosa kita lagi?”
“Habis tu, Al ada cadangan lain lagi ke?” Pekik Sham.
“Kita kahwin?”
Sham ketawa tak berperasaan. “Jangan nak mengarut Al. Kita baru 21 tahun. Al ingat, family kita akan setuju ke kalau kita beritahu kita nak kahwin?”
“Kita berterus terang dengan mereka...”
“Nak mampus? Belum sempat kita cakap kita nak kahwin, papa Al dah sembelih Sham!”
“Jangan jadi pengecut Sham!”
“Al jaga mulut Al tu sikit! Sham bukan pengecut!”
“Kalau Sham bukan pengecut, buktikan. Kita jumpa papa. Kita beritahu dia keadaan diri Al sekarang. Sham, please. I don’t want to kill our baby...”
Di tepi pintu, Alyah sudah terduduk di lantai. Air matanya sudah tidak berhenti-henti mengalir. Apa yang dilihat kini bagai babak di dalam sebuah filem. Semua babak dalam filem ini pernah dilakonkan satu ketika dulu. Matanya dipejamkan.
“Papa will kill you if he finds out. Kill both of you!” Suara Ria pula kedengaran.
Alyah membuka matanya perlahan. Babak ini juga masih segar dalam ingatan. Babak di mana dia dan rakan-rakannya sedang mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.
“Aku setuju dengan Sham. Gugurkan sahaja, Alyah.” Kata Khairul diikuti dengan anggukan dari Sue dan Jamie. Dan dia ketika itu hanya mampu menangis dan menurut. Alyah menyapu air matanya.
“Jangan risau. Lepas kita buang, semuanya akan selesai.” Kali ini suara seorang lelaki pula kedengaran. Bunyi besi berlaga kedengaran. Alyah mengigit bibir menahan rasa. Di depannya, dia melihat dirinya sedang terbaring di atas katil. Kakinya terkangkang dan seorang lelaki berjubah putih berada di hujung kaki ditemani dengan seorang wanita yang juga berpakaian putih di sisinya.
Alyah memandang dirinya yang terbaring di atas katil. Wajahnya yang dibasah air mata, dahinya berkerut menahan sakit. Sehingga kini dia masih terasa lagi kengiluan dan kesakitan yang dia rasakan saat doctor menarik keluar janin dari dalam rahimnya. Alyah menutup mata. Dia tidak sanggup melihat itu semua. Dia kesal. Dia malu. Pada hari itu, dia telah menjadi seorang pembunuh!
“Macam mana ni? Kalau dia beritahu dengan pihak kolej macam maca?” Suaranya kembali kedengaran. Alyah mengeleng. Babak inilah yang membuatkan rakan-rakannya menjadi kejam seperti dirinya.
“Jangan risau. Aku dengan Jamie tahulah nak menguruskannya macam mana.” Janji Sue.
“Kau orang nak buat apa?” Tanya Alyah. Sue dan Jamie tersenyum lebar. Bila diberitahu tentang rancangan mereka, Alyah tidak sedikit pun membantah.
“Kau orang sanggup lakukan semua itu, untuk aku?”
“Hei, all for one, and one for all, remember?”
Alyah mengentak-hentak belakang kepalanya di daun pintu. Mereka berkawan baik dan kerana persabahatan mereka sanggup lakukan apa sahaja. Tapi dia, dia adalah kawan yang paling kejam. Dia sanggup membiarkan kawan-kawannya melakukan jenayah besar hanya kerana mahu aibnya ditutup!
“Kalau hal tentang Alyah dan Sham terdedah, aku akan sebarkan gambar bogel kau ini, faham?” Suara Jamie kembali kedengaran.
Alyah membuka mata. Jamie dilihat sedang mencengkam wajah seorang gadis yang ayu bertudung. Gadis itu juga sedang menangis. Dia tersenyum tawar mengingati babak ini. Babak yang menunjukkan betapa dia adalah seorang gadis yang paling mementingkan diri sendiri. Gadis yang tidak berperikemanusian. Saat gadis bertudung itu memandangnya mengharapkan bantuan, dia hanya menjeling dan berjalan meninggalkan gadis itu.
“Al, jangan buat kerja gila!” Jeritan Ria kedengaran.
Di tepi pintu Alyah hanya mampu memandang babak yang sedang ditayangkan. Ini babak penutup. Babak yang membuatkan dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya.
“Al, jahat. Al, keji. Al patut mati!” Dia menjerit sekuat hati.
“Kenapa kau yang harus mati sedangkan hidup aku yang terseksa, Alyah?” Suara lembut seorang gadis membuatkan Alyah tersentak. Kelibat gadis yang bertudung litup tadi muncul di hadapannya.
“Haliza?” Seru Alyah perlahan. Gadis itu berjalan menghampirinya. Wajahnya pucat dibasahi air mata.
“Kenapa kau bunuh aku?” Soal Haliza. Suaranya lirih menahan sendu.
“Apa salah aku sampai kalian rosakkan hidup aku? Hanya sebab aku terserempak dengan kau di klinik tu, sampai kau sanggup musnahkan hidup aku, Alyah?”
“Maafkan aku, Haliza. Maafkan aku.” Alyah merayu.
“Kau tahu apa yang terjadi pada keluarga aku selepas aku mati? Adik aku mati Alyah. Dia mati sebab terlalu sedih kehilangan satu-satunya kakak dia. Mak aku pula tak dapat terima kehilangan dua orang anak yang dia ada. Dia mengalami depressi hingga mengalami tekanan jiwa! Ayah aku yang tak dapat terima semua itu lari tinggalkan mak aku. Keluarga aku berpecah belah kerana kau, Alyah! Kau kejam. Kejam!” Haliza menjerit kuat.
“Sekarang aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Aku akan rampas segalanya dari kau. Biar kau menderita seumur hidup!” Haliza ketawa berdekah-dekah. Jemari runcingnya terus mencekik leher Alyah.
“Mama...”
Dalam keadaan dia yang hampir kelemasan, Alyah terdengar lagi panggilan itu. Matanya menoleh ke kiri. Wajah seorang kanak-kanak perempuan yang comel sedang tersenyum memandangnya.
Haliza melepaskan leher Alyah. Rambut Alyah dicengkam lalu ditarik kuat. “Kau tahu itu siapa? Itulah anak kau. Anak yang kau bunuh dulu!” Kepala Alyah dihentak ke simen.
“Mama...mama...” Panggil kanak-kanak itu lagi. Dia melambai-lambai ke arah Alyah.
Kepala Alyah terasa berdenyut kuat. Ada cercair hangat mengalir turun membasahi dahi hingga ke pipinya.
“Baby...” Panggil Alyah perlahan. “Anak mama...”
Wajah kanak-kanak itu tiba-tiba bertukar muram. Wajah yang comel tadi tiba-tiba menjadi hodoh. “Kenapa mama bunuh baby? Kenapa mama buang baby?” tanya anaknya sedih.
Hati Alyah menjadi pilu. Pertanyaan anaknya itu mencengkam hatinya. “Maafkan mama, sayang. Maafkan mama.” Dia menangis semahu-mahunya. Sekali lagi dia terasa rambutnya ditarik. Tubuhnya diseret ke arah tingkap bilik yang terbuka.
“Maaf kau tak akan dapat hidupkan anak kau kembali!” Jerit Haliza.
“Maafkan aku Liza. Aku tahu aku bersalah. Maafkan aku!” Alyah merayu dan terus merayu. Sampai di tepi tingkap, tubuhnya dihumban Haliza ke dinding.
“Tidak semua perkara boleh dilupakan dengan perkataan maaf, Alyah.” Haliza memandang Alyah lama. Tiba-tiba Alyah terdengar suara bayi menangis. Haliza tersenyum lebar. Di dalam pelukannya kini ada bungkusan kain putih. Suara tangisan bayi tadi kedengaran di sebalik bungkusan itu.
“Shh...baby jangan nangis. Makcik nak ajar mama sekejap ya. Tak lama lagi, mama akan datang jaga baby.” Haliza memujuk bayi di dalam pelukannya. Ditepuk-tepuk lembut lalu diagah-agah manja.
Kemudian pandangannya kembali ke arah Alyah. Anak matanya tajam menikam mata Alyah. “Anak kau rindukan kau. Kalau betul kau rasa bersalah, kau patut dapatkan anak kau kembali!”
Alyah terus bangun. Kepalanya yang sedang berdenyut tidak dihiraukan. Dunianya yang terasa berpusing tidak diendahkan. Dia mendekati Haliza. Bayi yang dikendung gadis itu cuba diambil. Namun Haliza segera membawa bayi itu lari.
“Haliza, kembalikan anak aku. Tolonglah! Kembalikan anak aku!” Alyah merayu-rayu dan terus berlari mengejar Haliza.
“Mama...mama..mama...” Panggilan itu terus kedengaran.
Haliza berlari keluar membawa bayi itu bersamanya. Alyah semakin pantas berlari lebih-lebih lagi bila mendengar suara panggilan mama terus kedengaran. Dia merasakan yang anaknya betul-betul memerlukannya ketika ini. Dia terus mengejar hinggalah sampai ke kawasan tangga. Haliza berhenti. Dia tersenyum lebar sebelum bungkusan dia tangan diangkat tinggi.
“Haliza! Jangan!” Alyah menjerit. Kelibat seorang wanita yang sedang berdiri berhampiran tangga tidak dihiraukan. Dia terus meluru ke hadapan, cuba menghalang Haliza daripada mencampak anaknya ke bawah. Sebaik sahaja Alyah menghampiri Haliza, terus gadis itu mencampak bungkusan di tangan ke bawah. Alyah terpempan melihat bungkusan putih itu tergolek-golek di atas anak tangga menuju ke bawah.

“Kau nak anak kau? Pergilah ambil...” Bisik Haliza ke telinganya. Bagai dihipnosis, Alyah terus melangkah turun. Namun kakinya tersilap pijak. Tubuhnya melayang ke bawah. Badannya berguling-guling di atas anak tangga hinggalah ke bawah. Kepala Alyah terasa sakit. Satu persatu wajah rakannya terbayang diingatan. Pandangannya berbalam-balam. Dalam samar-samar dia ternampak wajah Mak Yam. Wanita jelita itu sedang memandangnya dengan riak wajah yang sedih. Kemudian semuanya gelap gelita...