Followers

Google+ Followers

Thursday, February 6, 2014

Rahsia ~ Bab 2


Suara

Baru satu jam perjalanan tetapi bagi Alyah itu adalah tempoh terlama yang pernah dia lalui. Rasa sesal kerana bersetuju dengan pelawaan Ria tadi mula dirasakan. Sejak dia masuk ke dalam perut kereta tidak sepatah pun perkataan keluar dari mulutnya. Sengaja dia memilih duduk di tempat duduk belakang, bersebelah dengan tingkap demi untuk mengelakkan diri dari berbual dengan rakan-rakannya yang lain.

Bukan dia tidak perasan. Sejak tadi Suezana yang duduk di bahagian hadapan  cuba mengajaknya berbual. Bila Suezana yang lebih mesra dipanggil Sue berpusing ke belakang ke arahnya, cepat-cepat dia keluarkan ipod nya lalu memasang era phone ke telinga. Matanya dipejamkan seolah-olah dia mahu tidur. Mungkin mereka faham maksud dia, terus sahaja rakan-rakannya membuang niat mahu berbual. Sudahnya masing-masing buat hal sendiri. Jamie yang memandu terus memasang radio untuk mengurangkan rasa janggal di dalam kereta.

Alyah merenung ke luar tingkap. Telinganya masih bersumbat dengan ear phone. Jari memicit secara random senarai lagu dan beberapa saat kemudian suara Lykke Li medendangkan lagu Will You Still Love Me Tomorrow kedengaran di telinganya . Melihat  keadaan di luar, Alyah tahu mereka sudah memasuki kawasan lebuhraya menuju ke utara. Reunion sampai ke Penang. Macamlah dekat Kuala Lumpur tu dah tak ada tempat yang sesuai. Gumamnya dalam hati.

Sungguh, dia tidak faham apa perlunya mereka adakan majlis itu jauh di Pulau Mutiara. Tempat itu tidak ada kena mengena langsung dengan mereka selain. Alasan kononnya hendak menghirup udara segar di tempat orang tidak boleh diterima langsung oleh Alyah. Kalau hendak sangat hirup udara segar, pergi sahaja ke Port Dickson. Dekat pun iya. Tidaklah sampai menyusahkan diri memandu jauh-jauh begini. Perginya pun setakat tiga hari dua malam. Buat penat badan saja!

“Mama...” Suara halus yang tiba-tiba kedengaran di telinganya menyentak lamunan Alyah. Dia menoleh ke kiri menyangkakan Ria yang bersuara. Namun adik tirinya itu nampak lena tidur. Di telinganya Lykke Li masih lagi bertanyakan soalan adakah-kau-akan-mencintaiku-esok. Alyah menggeleng. Mungkin dia tersalah dengar tadi.

Dia kembali menyandarkan badan di tempat duduk. Kepalanya disandar ke tingkap. Di luar langit sudah mulai gelap. Sesekali kilat memancarkan sinarnya di dada langit. Di kiri kanannya kawasan hutan sudah mula kelihatan. Alyah cuba memejamkan mata, mengharapkan lenanya datang. Lama kelamaan fikirannya mula menjadi kosong. Badannya terasa ringan. Rohnya bagai sudah keluar melayang menuju ke destinasi lain. Lagu dari ipodnya mula kedengaran jauh...jauh...

“Mama!” Alyah tersentak. Jantungnya terasa bagai ditarik sesuatu.

“Mama...hi..hi..hi...” Kali ini suara itu kedengaran jelas di telinga. Suara kanak-kanak kecil menyebut perkataan mama diselangi dengan bunyi ketawa yang agak menyeramkan. Alyah mencabut ear phonenya kasar lalu dicampak ipod itu ke tepi. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Kelakuannya mengejutkan Ria dari tidurnya.

“Al? Kenapa?” Tanya Ria dalam mamai.

Alyah mengigil. Wajah Ria dipandang lama. Dia cuba untuk bersuara namun bagai ada sesuatu yang menyekat di tekaknya.

“Hei, kenapa ni?” Bahu Alyah digoncang Ria. Wajah pucat Alyah mula menakutkan dia. 

“Alyah, kenapa kau pucat lesi ni?”

Mulut Alyah terkumat-kamit mahu bercakap sesuatu namun tiada suara yang terkeluar. Pandangannya jatuh pada ipod yang berada di atas riba Ria.

“Kenapa?” Ria mengambil ipod di atas riba lalu dibelek. Bila melihat tiada apa yang tidak kena dengan ipod itu, dia kembali merenung wajah Alyah.

“Alyah? Apa yang tak kena ni? Cuba cerita dengan aku. Kau tak sihat ke?” Tanya Ria lagi. Suara Ria yang sedikit kuat telah membuatkan Sue dan Khairul yang duduk di hadapan terjaga.

“Apasal?” Tanya Khairul dengan suara sedikit serak.

“Entah. Tiba-tiba je dia jadi macam ni.” Wajah Alyah yang masih kepucatan menjadi perhatian mereka. Tangannya yang kesejukkan dipegang Ria.

You ok, Al?” Sue memandangnya risau.

Alyah mula tidak selesa bila dirinya menjadi tumpuan.  “It’s nothing. I’m ok. Aku cuma pening sikit.” Tangannya ditarik dari genggaman Ria.

“You sure, you’re ok?” Ria meminta kepastian.

Alyah sekadar mengangguk.  Mahu bercerita dengan Ria tentang apa yang dialami, dia risau akan diketawakan. Lagipun dia sendiri tidak pasti apa yang baru terjadi. Mungkinkah suara yang didengar itu hanya sebahagian daripada lagu dalam ipodnya? Tapi seingatnya, sudah berpuluh kali lagu-lagu itu dimainkan tidak pernah sekali pun dia terdengar suara begitu.

Alyah mengeleng. Arghh...itu cuma perasaan kau sahaja, Al. Dia cuba menyakinkan diri sendiri. Alyah menarik nafas dalam. Fikirannya cuba dikosongkan dari memikirkan perkara yang bukan-bukan. Hood jaket yang dipakai dinaikkan ke kepala, menutup sebahagian wajahnya. Dia cuba sekali lagi memejamkan mata namun kantuknya sudah tidak terasa lagi. Pandangannya dihalakan ke hadapan, melepasi kepala Sue yang sudah terlentuk. Matanya terarah kepada cermin pandang belakang. Sekali lagi jantungnya terasa bagai direngut saat matanya bertembung dengan pandangan tajam dari sepasang mata milik Sham. Alyah tergamam. Entah kenapa pandangan mata lelaki kacak itu benar-benar mengerunkan dia.
***
“Alyah...bangun.” Bahunya terasa digoncang perlahan.

Alyah membuka mata perlahan lalu menoleh ke arah Ria. Keningnya diangkat sebagai tanda soalan.

“Kita dekat R n R ni. Jom turun?”

Alyah memandang ke luar tingkap. Kelihatan kawasan R n R yang dipenuhi orang ramai. Ria sudah bergerak turun. Tanpa banyak soal, Alyah menyusul dari belakang. Di luar kereta hanya tinggal dia, Ria dan Sue. Matanya tercari-cari kelibat rakan-rakan lelakinya.

“Mereka ke tandas. Dah tak tahan sangat agaknya.” Beritahu Sue sambil ketawa kecil.

Alyah sekadar tersenyum nipis. Malas mahu menyambut kata-kata Sue. Dia tidak mahu wujud kemesraan antara mereka kerana rasa marah pada kawan baiknya ini satu ketika dulu masih lagi bersisa.

“Aku nak pergi tandas.” Beritahu Alyah.

“Aku pun. Jom, pergi sekali...” Sue cuba merangkul lengan Alyah namun cepat Alyah menarik tangannya lalu berjalan menonong meninggalkan Sue dan Ria.

Ria mengeluh perlahan. Wajah Sue yang sugul dipandang sekilas. Bahu temannya itu diusap perlahan.

“Dia masih marahkan aku?”

“Give her time. Kita ada tiga hari untuk pulihkan hubungan kita kembali. Sabar, ok?” Pujuk Ria.

Sue hanya tersenyum tawar. “Dah tujuh tahun Ria. Tak cukup lagikah masa yang kita berikan?” Soal Sue perlahan.

Ria terdiam. Soalan Sue dibiarkan tanpa jawapan.
***
Selepas masing-masing selesai urusan di tandas, mereka buat keputusan untuk makan dahulu memandangkan jam sudah menginjak ke pukul 9 malam dan perjalanan mereka ke Pualau Pinang masih jauh lagi. Selepas masing-masing membeli makanan, mereka duduk semeja sambil menjamah makanan masing-masing. Suasana janggal menyelebungi meja mereka. Bukan Khairul dan Jamie tidak cuba menceriakan keadaan tadi, namun melihat respon dari rakan-rakan yang lain amat dingin, mereka terus mendiamkan diri. Mood Alyah yang dingin benar-benar mempengaruhi mereka semua.


Sudah berkali-kali Ria menjeling dan mencuitnya agar cuba bergaul dengan mereka namun dia buat tidak peduli. Dia hanya tunduk menikmati nasi goreng di atas meja. Usai makan, dia terus sahaja bangkit dan berpesan pada Ria dia akan menunggu di kereta. Dia tahu perangainya nampak menjengkelkan. Dia tahu rakan-rakannya terasa hati dengan perbuatannya. Tapi dia tidak peduli dan tidak mahu peduli. Biarlah mereka terus begitu. Mungkin itu yang sebaiknya untuk mereka semua.