Followers

Wednesday, September 18, 2013

Kisah Dari Hati - Giveaway

Kisah Dari Hati. Sesuatu untuk mereka yang masih mahu membaca kisah Alina Suffiya dan Zariel Amzar. Sebuah Kompilasi Ceritera Pendek yang menggabungkan 7 orang penulis-penulis Idea Kreatif. Saya ada letakkan 2 buah cerpen di dalam kompilasi ini. Yang pertama, Dia...Random Guy, rantaian babak-babak yang tidak saya masukkan di dalam novel Dia...Random Guy. Dan yanv kedua Dia...Selamanya. Sebuah cerita pendek yang ditambah baik dan pernah saya siarkan di blog Tell a Tale satu masa dahulu.

Giveaway ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang menyokong Dia...Random Guy. Naskah ini memang tak sempurna. Ada kekurangan yang boleh saya perbaiki. Terima kasig kepada mereka yang ikhlas membuat review. Segala nasihat kalian akan saya cuba ikuti.

Buat yang tak menggemari naskah ini, terima kasih juga saya ucapkan kerana masih sudi membacanya hingga ke muka surat akhir. Maaf kalau tak memenuhi expectations anda. Insya Allah saya akan cuba perbaiki kelemahan saya untuk novel akan datang. 


Note: Giveaway ini berlangsung di grup FB saya, Tell a Tale.